MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2010
Soalan Nyatakan purata pengguna satu lane sejam (Average passenger Car per lane per hour) mengikut haluan Jambatan Pulau Pinang ke Pulau Pinang dan haluan Seberang Perai untuk kategori berikut: hari minggu, hujung minggu, peak hour dan non-peak hour.
Dun -
Exco Y.B. TUAN LIM HOCK SENG
Perkara ADUN

Jawapan
10. Purata penggunaan satu laluan sejam (average pasenger car per lane per hour) bagi Jambatan Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

(a) Pada hari biasa, sebanyak 3,242 buah kenderaan menggunakan Jambatan Pulau Pinang pada waktu puncak dan 200 buah kenderaan di luar waktu puncak; dan

(b) Pada hujung minggu, sebanyak 2,455 buah kenderaan menggunakan Jambatan Pulau Pinang pada waktu puncak dan 163 buah kenderaan di luar waktu puncak.

Kembali