MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2010
Soalan (a) Apakah usaha Jabatan Pertanian untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi? (b) Apakah bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada petani? (c) Adakah petani di Negeri Pulau Pinang telah mencapai hasil 10 metrik tan padi sehektar? Jika belum, kenapa dan apakah langkah yang diambil.
Dun -
Exco Y.B. TUAN LAW CHOO KIANG
Perkara ADUN

Jawapan
6. (a) Usaha agensi dan jabatan berkaitan dalam membantu pesawah meningkatkan hasil pengeluaran padi melalui penyediaan pakej pengurusan tanaman dilihat mampu dicapai melalui:

(i) Transformasi Tenaga

?Å“ Mekanisasi Ladang, automasi dan teknologi moden. Transformasi pengamalan ladang juga menekankan kepada penggunaan mekanisasi ladang, automasi dan menggunakan teknologi yang menjimatkan tenaga. Pendekatan projek berkelompok dilaksanakan bagi menyalurkan teknologi dan pengembangan yang lebih menyeluruh kepada petani dalam kelompok di sesuatu kawasan padi.

?Å“ Menggalakkan Penglibatan Swasta

Kerajaan sepanjang masa menggalakkan penglibatan swasta dalam membangunkan industri pertanian negara. Penglibatan pihak swasta amat perlu kerana keupayaan mereka dari segi modal, pembangunan teknologi dan jaringan pemasaran. Projek dijalankan dalam bentuk mini estet di mana pengurusan dilaksanakan secara berpusat.

?Å“ Penglibatan Usahawan / belia

Usahawan muda dan golongan belia sentiasa digalakkan untuk menyertai bidang pertanian sebagai satu bidang baru dalam pembangunan ekonomi. Golongan ini dilihat mampu menjadikan bidang pertanian sebagai satu perniagaan dan merubah sepenuhnya bidang ini dari pengamalan pertanian secara tradisional kepada bidang yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing.

(ii) Insentif Peningkatan Hasil dan Pengeluaran Padi

?Å“ Insentif peningkatan hasil dibayar mengikut pengeluaran sekurang-kurangnya 1% peningkatan berbanding hasil musim asas pada kadar RM650 bagi setiap tan metrik sehektar (BERNAS).

?Å“ Insentif RM650 bagi pencapaian hasil 10 tan metrik sehektar (BERNAS).


?Å“ Insentif pengeluaran padi iaitu upah membajak dan bantuan input pertanian atau baja tambahan (LPP).

(iii) Pelan Tindakan Komprehensif Jaminan Bekalan Makanan Di Bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

?Å“ Pelan Tindakan Untuk Meningkatkan Pengeluaran Beras

(a) Penyelenggaraan Infrastruktur Pengairan dan Saliran (JPS).

(b) Perataan Tanah Sawah (IADA & Jabatan
Pertanian) (Tahun 2009).

(c) Peningkatan Kesuburan Tanah (Kapur, Racun & Baja Tambahan oleh LPP).

(d) Kawalan Makhluk Perosak (Jabatan Pertanian & MARDI).

(e) Pemilikan Jentera Dan Mekanisasi Ladang (LPP).

(f) Kempen Meningkatkan Kesedaran Pesawah untuk Mengurus dan Meningkatkan Pengeluaran Padi (MOA).

(b) Bantuan Kerajaan Negeri kepada petani disalurkan melalui program berikut:

(i) Program Pembangunan Industri Tanaman Makanan
(ii) Program Pembangunan Kejenteraan

(c) Di Negeri Pulau Pinang, terdapat sebahagian daripada petani-petani yang telah mencapai hasil sebanyak 10 mt/hektar. Bagi kawasan-kawasan yang belum mencapai 10 mt/hektar, Jabatan Pertanian Negeri telah mengenal pasti beberapa masalah berikut yang perlu diperbaiki:

(i) Penyediaan tanah
(ii) Penggunaan Benih Padi Bermutu
(iii) Kaedah Penanaman
(iv) Kawalan rumpai
(v) Pengurusan air
(vi) Pembajaan
(viii) Kawalan Makhluk Perosak

Antara tindakan bagi mengatasi masalah-masalah di atas ialah:

(i) Mengadakan kursus-kursus melalui Program Pembangunan Sumber Manusia bagi mengukuhkan institusi kelompok agar pelaksanaan pembangunan dapat digerakkan secara efektif terutamanya dalam mengurus aktiviti-aktiviti penanaman padi bermula daripada penyediaan tanah, kawalan penyakit hingga pemungutan hasil ladang.

(ii) Melalui program ini juga gotong royong serta hari ladang dijadikan aktiviti di dalam merealisasikan latihan yang diberikan kepada petani dan akhirnya diguna pakai di kawasan-kawasan penanaman padi.

(iii) Projek-projek di bawah program pembangunan industri tanaman terutamanya tanaman padi menjadi asas pengukuhan infastruktur ladang dan mekanisasi ladang. Selain itu juga, projek-projek demonstrasi yang dilaksanakan di bawah program ini boleh dijadikan asas kepada penggunaan pakej teknologi tanaman padi yang dapat membantu meningkatkan hasil padi Negeri Pulau Pinang.

(iv) Selaras dengan itu, jabatan mempunyai tanggungjawab utama dalam melaksanakan aktiviti perkembangan di lapangan (kawasan-kawasan tanaman) dengan mengadakan lawatan-lawatan dan khidmat nasihat kepada petani agar masalah yang wujud dapat ditangani dengan segera dan berkesan.

(v) Kerajaan Negeri memandang serius tentang masalah yang berlaku dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi meningkatkan hasil tanaman padi.

Negeri Pulau Pinang berada di kedudukan kedua di belakang Projek Barat Laut Selangor bagi hasil padi sehektar. Purata hasil padi bersih mengikut negeri, daerah dan jenis kawasan musim utama 2009/2010 adalah seperti di Lampiran.

Kembali