MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2010
Soalan Jelaskan kejayaan dan halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan program-program kelestarian, antaranya No Plastic Bag Day, Penang Green Citizens Initiative, Penang Goes Green dan lain-lain. Berapakah kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan dalam program-program tersebut?
Dun -
Exco Y.B. TUAN PHEE BOON POH
Perkara Alam Sekitar

Jawapan
18. Program No Plastic Bag Day yang dilancarkan pada Julai 2009 oleh Kerajaan Negeri telah memberi kesedaran mengenai kepentingan konsep (3R) recycle, reuse dan reduce terhadap pemuliharaan alam sekitar kepada warga Malaysia pada amnya dan warga Negeri Pulau Pinang khususnya. Berikutan kejayaan kempen ini di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan juga telah mengumumkan 'Hari Tanpa Beg Plastik' di seluruh negara pada setiap hari Sabtu mulai 1 Januari 2011 dan bayaran RM 0.20 dikenakan untuk setiap beg plastik pada hari tersebut.

Dalam menganjurkan pelbagai program alam sekitar selari dengan visi Kerajaan Negeri menuju ke arah Negeri Hijau, Kerajaan Negeri menghadapi pelbagai halangan seperti mengubah segelintir mentaliti masyarakat dari aspek membuang sampah merata-rata, penggunaan bahan pembungkus makanan polisterin, membawa beg membeli- belah sendiri dan sebagainya. Namun begitu majoriti masyarakat menyokong inisiatif kerajaan dalam memulihara alam sekitar terutamanya dalam mengurangkan penggunaan beg plastik, maklum balas positif ini telah memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk mempertimbangkan penambahan 'Hari Tanpa Beg Plastik'.

Untuk makluman, tidak ada peruntukan khas untuk program-program alam sekitar ini selain daripada peruntukan yang diluluskan untuk MMK Alam Sekitar.

Kembali