Jawapan
13. Ya. Produk-produk pelancongan yang telah dikenal pasti di daerah Seberang Perai Selatan ialah homestay dan aktiviti melihat kelip-kelip di Sungai Kerian. Produk-produk tersebut tidak dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Negeri Pulau Pinang tetapi telah dimasukkan di dalam risalah pelancongan negeri sejak tahun 2008 dan diedar kepada pelancong dari dalam dan luar negara sebagai usaha mempromosi produk pelancongan tersebut serta bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke daerah Seberang Perai Selatan. Produk pelancongan Taman Negeri Bukit Panchor pula disenaraikan di dalam laman web Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang sebagai salah satu daripada tarikan ekopelancongan yang terdapat di Pulau Pinang.