Jawapan
PBAPP tiada program yang memberi air secara percuma kerana kadar air yang rendah telah disubsidi oleh PBAPP.
Walau bagaimanapun, sekiranya penduduk miskin kurang berkemampuan untuk menanggung kos mendapatkan bekalan air bersih dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, terdapat beberapa skim bantuan yang disediakan oleh PBAPP mengikut kelayakan pengadu:
i. Skim pinjaman tanpa faedah (Kampung Loan)
Peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM 1500.00 (maksimum), dimana kos awalan pemasangan paip ini akan dibayar dahulu oleh PBAPP. Selepas pemasangan meter dan bekalan air dapat disalurkan ke tempat tinggal, penduduk dikehendaki membayar pinjaman ini secara dwi bulanan (dimasukkan di dalam bil air) sebanyak RM 30.00 sehingga selesai jumlah pinjaman. Penduduk hanya perlu membayar deposit bekalan air sebanyak RM70.00 untuk pemasangan meter. Setakat ini, pada tahun 2010, pihak PBAPP telah memberi bantuan ini kepada 206 rumah di Seberang Perai dan 8 buah rumah di Penang Island, berjumlah RM 253,531.42
ii. Skim Bantuan Program Pembasmian Rakyat Termiskin
Bagi mereka yang tergolong di dalam kategori miskin tegar atau termiskin dan mendapat pengesahan dari Pegawai Daerah, mereka layak menerima bantuan di bawah skim ini. Pihak PBAPP akan menanggung semua kos pemasangan paip sehingga ke satu pili didalam rumah. Pengadu hanya perlu membuat pembayaran deposit sebanyak RM70.00 untuk pemasangan meter, dan membayar bil bulanan selepas bekalan disalurkan. Setakat bulan September 2010, sebanyak 121 buah rumah di beri rebat, berjumlah RM 7868.78
Terdapat juga skim bantuan untuk mendapat bekalan air bersih dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mereka yang tidak berkemampuan dan terpaksa bergantung kepada sumber air tercemar yang boleh menjejaskan kesihatan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga mempunyai program bantuan untuk mendapatkan bekalan air bersih. Walau bagaimanpun, penduduk hendaklan berurusan secara terus dengan pihak berkenaan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai bantuan ini.
PBAPP atas nasihat Kerajaan Negeri bercadang untuk mengecualikan pembayaran deposit RM70 untuk pemasangan meter.