Jawapan
Bagi mengatasi masalah warganegara asing di kawasan DUN Pinang Tunggal, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan serta tangkapan pendatang asing di kawasan Kepala Batas khususnya dan DUN Pinang Tunggal amnya. Pada tahun 2010, Jabatan Imigresen Malaysia telah mengadakan sebanyak 35 operasi di kawasan berkenaan dan pihak penguatkuasa Imigresen akan sentiasa peka serta prihatin terhadap aduan yang diterima mengenai kebanjiran warga asing di kawasan Pinang Tunggal.