MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2010
Soalan Sila nyatakan usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada kaum wanita?
Dun -
Exco Y.B. PUAN ONG KOK FOOI
Perkara ADUN

Jawapan
24. Kerajaan Negeri menggalakkan golongan wanita dan ibu tunggal menceburi bidang perniagaan sebagai alternatif untuk menambah pendapatan. Justeru, Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan pinjaman melalui Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Pulau Pinang bersama PDC dan USM untuk membantu golongan miskin terutamanya golongan wanita bagi menceburi dunia perniagaan sebagai usaha meningkatkan pendapatan dan membasmikan kemiskinan. Pinjaman maksima PTSR sebanyak RM5,000.00 tanpa sebarang faedah dengan tempoh maksimum bayaran balik maksima selama 2 tahun. Sehingga kini, seramai 199 orang wanita telah mendapat manfaat dari projek berkenaan melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM692,368.00.

Selain dari itu, Kerajaan Negeri melalui Pusat Perkhidmatan Wanita telah menganjurkan seminar "Mengurus Kewangan Anda" bertempat di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi, Butterworth. Seminar ini diadakan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia, agensi kaunseling dan pengurusan kredit serta pihak swasta. Seminar ini telah berjaya membantu wanita menguruskan bajet seterusnya merancang untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Kerajaan Negeri turut melihat sektor pelaburan sebagai penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan di Pulau Pinang. Menurut perangkaan MIDA berdasarkan pelaburan domestik dan asing yang telah diluluskan dari tahun 2008 hingga Julai 2010, sebanyak 35,853 peluang pekerjaan telah diwujudkan di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Pusat CAT sebagai bantuan kepada rakyat Pulau Pinang termasuk wanita untuk memadankan pekerja yang telah diberhentikan kerja atau pekerja baru dengan peluang pekerjaan dan program-program latihan. Pusat CAT juga memainkan peranan dalam mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai tempat yang sesuai untuk bekerja dan dijadikan sebagai rumah dan seterusnya menambahkan talent pool untuk menampung permintaan sektor industri dan perkhidmatan dalam negeri. Setakat 30 September 2010, seramai 1579 orang wanita telah mendaftar dengan Pusat CAT.

Kembali