Jawapan
Projek terbengkalai ditakrifkan sebagai projek-projek yang memenuhi kriteria berikut:
(a) Projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual dan Beli dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam (6) bulan secara berterusan; atau
(b) Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 218 Akta Syarikat 1966; atau
(c) Syarikat diletakkan di bawah Pegawai Penerima dan Pengurus (Receiver & Manager); atau
(d) Pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada Pengawal Perumahan; dan
(e) Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 11(1)(c) Akta 118.
Senarai projek-projek di Negeri Pulau Pinang yang masih terbengkalai adalah seperti berikut:
i) Desa Aman, Daerah Timur Laut
ii) Taman Terubong Indah, Daerah Timur Laut
iii) Mengkuang Heights, Daerah Seberang Perai Tengah
iv) Taman Orkid Indah, Daerah Seberang Perai Utara
v) Taman Teluk Air Tawar, Daerah Seberang Perai Utara
vi) Taman Sri Dahlia, Daerah Timur Laut.
Daripada jumlah tersebut, senarai projek yang sedang dipulihkan ialah:
i) Desa Aman, Daerah Timur Laut
ii) Taman Terubong Indah, Daerah Timur Laut
iii) Mengkuang Heights, Daerah Seberang Perai Tengah
iv) Taman Orkid Indah, Daerah Seberang Perai Utara
v) Taman Teluk Air Tawar, Daerah Seberang Perai Utara
Selain itu, terdapat enam (6) projek yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) daripada senarai projek terbengkalai di Pulau Pinang iaitu:
i) Taman Singgahsana Putera, Daerah Seberang Perai Utara
ii) Taman Perwira Fasa III, Daerah Seberang Perai Selatan
iii) Taman Gelugor, Daerah Timur Laut
iv) Taman Fettes Villa (The Peak), Daerah Timur Laut
v) Taman Idaman/ Cemerlang, Daerah Timur Laut
vi) Taman Suria, Daerah Seberang Perai Selatan
Disediakan Oleh : Putri Irhanan Sapeli (019-3183735)
Disemak Oleh : Nor Saadah Abd. Majid (016-6356981)
Diluluskan Oleh : Nor Saadah Abd. Majid (016-6356981)