Jawapan
Status penyelesaian isu Kampung Tanjong Tokong yang diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri ialah:-
Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu kampung Tanjong Tokong, iaitu:-
1. Menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Tanjung Tokong dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan telah bermesyuarat pada 10 Januari 2011;
2. Menubuhkan Jawatankuasa Perancangan dan Penyelesaian Tanjung Tokong, dipengerusikan oleh YB Timbalan Ketua Menteri 1. Jawatankuasa ini telah berbincang isu ini dalam mesyuaratnya pada hampir setiap bulan iaitu 24 Februari 2011, 4 April 2011, 26 April 2011, 26 Mei 2011, 10 Jun 2011, 4 Julai 2011, 21 September 2011 dan 12 Oktober 2011.
3. Mengadakan perjumpaan dengan penduduk pada 25 Mac 2011;
4. Mengadakan perjumpaan dengan wakil penduduk pada 4 April 2011; dan
5. Mengadakan lawatan tapak ke Rumah Transit dan tapak pembangunan pada 26 September 2011.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri agar isu ini dapat diselesaikan bagi membolehkan perancangan Pembangunan Tanjong Tokong dapat dilaksanakan seterusnya kemajuan dan permodenan di Tanjung Tokong dapat dinikmati oleh rakyatnya.