Jawapan
10. Dasar Pengurusan Setinggan Negeri Pulau Pinang (DPSNPP) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 21 Oktober 2009, adalah untuk menangani isu-isu berkaitan setinggan di atas tanah kerajaan dan tanah swasta. Dasar ini diguna pakai bagi penempatan-penempatan setinggan di Negeri Pulau Pinang.
Namun, kebanyakan isu-isu berkaitan dengan pihak pemaju membangunkan tanah-tanah yang melibatkan tapak perumahan penduduk adalah melibatkan tanah milik persendirian. Oleh kerana tanah yang hendak dimajukan tersebut berstatus tanah milik persendirian, maka penyelesaian isu-isu penempatan semula dan bayaran pampasan dan sebagainya adalah bergantung kepada perundingan dan persetujuan yang telah dicapai di antara kedua-dua pihak. Walau bagaimanapun, tuan punya tanah berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa pemajuan ataupun pembangunan ke atas tanah tersebut, perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Pelan Kebenaran Merancang yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, dengan mengambil kira ulasan dan pandangan daripada jabatan-jabatan teknikal, dan termasuklah menangani isu-isu setinggan yang berbangkit di kawasan yang hendak dibangunkan.
Isu Kampung Buah Pala adalah unik kerana penduduk telah pun tinggal di situ sejak lebih 100 tahun yang lepas. Nenek moyang dan mereka mempunyai ikatan kuat tetapi hak mereka dijual dan dikhianati oleh Kerajaan Barisan Nasional yang membelakangkan hak tradisi dan warisan demi kepentingan pihak tertentu. Atas keadaan istimewa yang tercatit dalam sejarah baru lah pampasan sedemikian ditawarkan kepada penduduk Kampung Buah Pala. Ianya juga adalah suatu usaha kembalikan pengkhianatan yang dilakukan ke atas penduduk oleh Barisan Nasional.
Dalam penyelesaian kes di atas, Kerajaan Negeri juga mengambil pendekatan untuk berunding dan berbincang dengan pemaju bersama penduduk terlibat bagi mendapat keputusan yang terbaik di kedua belah pihak supaya tiada satu pihak akan terasa kerugian. Pihak Kerajaan Negeri akan cuba mendapatkan rumah-rumah kos rendah dan sederhana rendah yang berdekatan dengan kawasan penduduk bagi membolehkan pemaju membiayai pampasan sebuah rumah yang boleh ditawarkan, atau sebahagian kos rumah tersebut.
Bagi pembangunan yang melibatkan tanah-tanah kerajaan yang terdapat rumah-rumah kediaman di atasnya, "Garis Panduan Bayaran Pampasan/Wang Ehsan Kepada Penduduk/Setinggan Yang Terlibat Dengan Projek Kerajaanâ€, yang telah diluluskan pada tahun 2003 akan digunapakai manakala setinggan di atas tanah persendirian/swasta juga akan diberi keutamaan untuk ditawarkan seunit rumah kos rendah di kawasan tersebut dengan syarat dapat mengemukakan dokumen seperti berikut:
i. Notis Kosongkan Premis; atau
ii Perjanjian Gantirugi (Compensation Agreement); dan
iii. Tertakluk kepada kekosongan rumah/unit yang terdapat di kawasan perumahan berkenaan.