Jawapan
Pengusaha kuda telah diberikan banyak peluang oleh Kerajaan Negeri untuk beroperasi secara selamat dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Namun aktiviti ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada Kerajaan Negeri, pengusaha hotel dan orang ramai. Beberapa kemalangan telah berlaku akibat aktiviti kuda. Aktiviti kuda juga membahayakan pengunjung pantai khasnya pelancong. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sering menerima aduan daripada pelancong, persatuan hotel dan orang ramai mengenai aktiviti tersebut dan ini telah menjejaskan nama Pulau Pinang sebagai pusat pelancongan. Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa mengharamkan kegiatan kuda di pantai Batu Feringgi mulai 1 Januari 2011 demi menjaga keselamatan pengunjung pantai terutamanya pelancong.