MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
24/10/2011
Soalan Difahamkan kilang getah Lee Rubber akan berhenti operasi mulai bulan April 2012, adakah kerajaan negeri mempunyai apa-apa cadangan kepada pihak kilang untuk membangunkan tanah kilang yang seluas 20 ekar lebih untuk manfaat rakyat di sekitarnya?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
14. Merujuk kepada Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP 2020) yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri pada 28 Jun 2007, tapak Kilang Lee Rubber yang terletak di atas lot 3224, Mukim 13 seluas 13.64 ekar telah dizonkan secara indikatifnya sebagai kawasan ‘Pembangunan Sedia’ manakala merujuk kepada Pelan Dasar Perancangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tapak tersebut dizonkan sebagai ‘Zon Industri Am’. “Pembangunan Sediada” bermaksud pembangunan yang dibenarkan di koridor-koridor pembangunan utama dan sekunder dengan melihat projek-projek sedia ada yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa dan pembangunan perbandaran seperti perumahan, perdagangan, perindustrian, kemudahan masyarakat dan institusi. Pembangunan yang dibenarkan di dalam zon “pembangunan sediada” juga tertakluk kepada kriteria guna tanah serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Lot 3224 telah didaftarkan di bawah syarikat Luxor Precision bersama-sama dengan Lot 1385 Mukim 13 seluas 5.57 ekar dan Lot 2102 Mukim 13 seluas 4.22 ekar.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang rekod permohonan atau cadangan berkaitan dengan perihal pembangunan industri (kilang) di atas tapak seluas 20 ekar seperti yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun, dari perspektif perancangan bandar, tapak tersebut tidak lagi sesuai untuk dibangunkan dengan cadangan pembangunan industri memandangkan ianya di kelilingi dengan pembangunan perumahan. Akibat daripada tekanan pembangunan di kawasan sekitar tersebut, Kerajaan Negeri bercadang supaya tapak tersebut dibangunkan dengan bentuk pembangunan perumahan ataupun komersial atau pembangunan bercampur bagi mewujudkan perancangan dan pengstrukturan guna tanah yang efisien.

Merujuk kepada Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP 2020) yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri pada 28 Jun 2007, tapak Kilang Lee Rubber yang terletak di atas lot 3224, Mukim 13 seluas 13.64 ekar telah dizonkan secara indikatifnya sebagai kawasan ‘ Pembangunan Sedia’ manakala merujuk kepada Pelan Dasar Perancangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tapak tersebut dizonkan sebagai ‘Zon Industri Am’. “Pembangunan Sediada” bermaksud pembangunan yang dibenarkan di koridor-koridor pembangunan utama dan sekunder dengan melihat projek-projek sedia ada yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa dan pembangunan perbandaran seperti perumahan, perdagangan, perindustrian, kemudahan masyarakat dan institusi. Pembangunan yang dibenarkan di dalam zon “pembangunan sediada” juga tertakluk kepada kriteria guna tanah serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Lot 3224 telah didaftarkan di bawah syarikat Luxor Precision bersama-sama dengan Lot 1385 Mukim 13 seluas 5.57 ekar dan Lot 2102 Mukim 13 seluas 4.22 ekar.

Kembali