Jawapan
Kerajaan Negeri sedar mengenai isu mendapan di Persiaran Gurney dan langkah-langkah yproaktif telah diambil bagi menanganinya. Langkah tersebut ialah melalui Program Kajian Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu atau Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) yang telah siap pada bulan Ogos 2010. Kajian ini merangkumi kerja-kerja pengambilan sampel air laut di beberapa lokasi tercemar termasuklah di Persisiran Gurney.
ISMP menyediakan garis panduan pembangunan dan cadangan-cadangan terbaik kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan projek serta pembangunan bukan sahaja di Persiaran Gurney malah di seluruh kawasan zon pantai Negeri Pulau Pinang.
Antara cadangan yang dikemukakan adalah untuk :
(1) Menebus guna tanah di sekitar Persiaran Gurney. Melalui kerja tebus guna tersebut maka masalah pemendapan lumpur dapat diatasi di kawasan Persiaran Gurney.
(2) Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah mempraktikkan kaedah penggunaan Effective Microorganism (EM) Mudball sebagai tindakan jangka pendek untuk mengurangkan kandungan pencemaran air laut di sekitar persisiran pantai.
(iii) Kerajaan Negeri telah merangka satu projek Pemulihan Pantai Pelancongan dan ini termasuklah kawasan di sekitar Gurney. Ia masih dalam proses permohonan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Projek ini merangkumi cadangan awal pembinaan prasarana menghalang mendapan dari terus masuk ke kawasan persisiran Gurney dan menggalakkan perjalanan arus dan pasir ke tepian pantai.