MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
24/10/2011
Soalan Apakah status terbaru pelaksanaan pembinaan jambatan yang menyambungkan Kebun Baru Juru ke Penang Science Park?
Dun -
Exco
Perkara Pembangunan

Jawapan
Pada ketika ini, Penang Development Corporation (PDC) telah memulakan pelaksanaan pembinaan jambatan merentasi Sungai Junjung Mati. Projek telah dimulakan pada 6 Jun 2011 dan dijangka siap pada bulan Februari 2012. Setelah jambatan siap, ianya masih tidak dapat menghubungi Kebun Baru Juru ke Penang Science Park, sehingga projek pembinaan jalan di kawasan perindustrian baru Penang Science Park (Utara Penang Science Park) siap sepenuhnya. Sebagai makluman, Utara Penang Science Park adalah kawasan yang baru sahaja diambilbalik oleh PDC untuk dijadikan Kawasan Perindustrian.

Kembali