Jawapan
53. (a) Sejak bulan Mac 2009 sehingga kini, wang yang dikumpul dalam Rakyat Anti Kemiskinan (RAK) adalah sebanyak RM1,330,968.80. Penyumbangnya adalah terdiri daripada pasaraya-pasaraya, kedai serbaneka dan kedai-kedai di sekitar Negeri Pulau Pinang. Terdapat juga sumbangan daripada artis Jzelyn hasil daripada penjualan album.
(b) Miskin tegar adalah ditafsirkan sebagai pendapatan isi rumah kurang daripada RM500.00 sebulan. Sehingga kini, bilangan yang berdaftar dan menerima bantuan adalah berjumlah 690 orang dengan peruntukan sebanyak RM5,766,180.00. Bantuan kewangan yang diberikan adalah dalam bentuk sumbangan wang tunai dalam amuan yang berbeza bergantung kepada tahap ketidakcukupan pendapatan Ketua Isi rumah tersebut untuk mencapai angka RM500.00 setelah mengambilkira bantuan-bantuan kebajikan lain yang diterima seperti bantuan wang tunai daripada pihak Urus Zakat, Jabatan Kebajikan dan lain-lain yang berkaitan. KIR dianggap telah terkeluar dari miskin tegar sekiranya paras pendapatan melebihi RM500. Ini adalah mekanisme yang digunakan dalam mengukur peserta yang telah berjaya keluar dari garis miskin tegar.
(c) Isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM500 adalah dianggap miskin tegar walaupun ketua isu rumah tidak berdaftar dengan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, mereka hendaklah mendaftar dengan Kerajaan Negeri bagi membolehkan bantuan yang sepatutnya diterima dapat disalurkan.