Jawapan
8. Terdapat dua projek pembangunan yang diberi pengecualian bayaran pembangunan iaitu:
(A) Projek Pertama
(a) Nama Projek
All Seasons dan Melody Home yang dimajukan oleh Tetuan Lembaman Development Sdn. Bhd. Pemajuan adalah di atas Lot-lot 3254, 3255 dan 7722, Lebuh raya Thean Teik, Mk. 13, DTL., Pulau Pinang.
(b) Bila projek ini diluluskan
Kebenaran Merancang JPB/KM/3924/A (MPPP / OSC / PM (0251) / 08 (LB)) untuk cadangan pemajuan bercampur telah diluluskan oleh Majlis pada 19 Disember 2008. Cadangan pemajuan adalah untuk:
(i) Menara A - Pangsapuri 30 tingkat (184 unit) dan 6 tingkat tempat letak kereta dan kemudahan (dari 5 tingkat kepada 6 tingkat).
(ii) Menara B - Pangsapuri 31 tingkat (220 unit) dan 6 tingkat tempat letak kereta dan kemudahan (dari 5 tingkat kepada 6 tingkat).
(iii) Menara C - Pangsapuri 31 tingkat (220 unit) dan 6 tingkat tempat letak kereta dan kemudahan (dari 5 tingkat kepada 6 tingkat).
(iv) Menara D - Pangsapuri 30 tingkat (184 unit) dan 6 tingkat tempat letak kereta dan kemudahan (dari 5 tingkat kepada 6 tingkat).
(v) Menara E - 1 blok rumah pangsa kos sederhana rendah 26 tingkat (500 unit) dan 4 tingkat tempat letak kereta dan kemudahan.
(vi) Blok W - 1 blok kedai/pejabat 2 tingkat (2 unit)
(vii) Blok X - 1 blok kedai/pejabat dari 5 tingkat kepada 6 tingkat (51 unit).
(viii) Blok Y - 1 blok kedai/pejabat dari 5 tingkat kepada 6 tingkat (dari 57 unit kepada 58 unit).
(ix) Blok Z - 1 blok kedai/pejabat 2 tingkat (2 unit).
(c) Amaun yang dikecualikan
Bayaran pembangunan yang dikecualikan adalah RM4,143,819.83.
(d) Sebab diberikan pengecualian
Pengecualian ini diberi atas sebab Tetuan Lembaman Development Sdn. Bhd. akan memulihkan projek ini yang telah terbengkelai. Kelulusan dahulu adalah diberikan kepada Tetuan Penangan Maju Holdings Sdn. Bhd. pada 16.12.1996. Projek ini telah 10 tahun terbengkalai.
B. Projek kedua
(a) Nama projek
Peak Resident yang dimajukan oleh Tetuan Ivory Villas Sdn. Bhd. Pemajuan ini adalah di atas Lot 141, Lebuhraya Halia, Mk. 18, DTL., Pulau Pinang.
(b) Bila projek ini diluluskan
Kebenaran Merancang JPB/KM/3792/A (MPPP / OSC / PM (0016) / 07 (LB)) untuk pemajuan bercampur telah diluluskan oleh Majlis pada 21.2.2008. Cadangan pemajuan adalah untuk:
(i) 1 blok 5 tingkat podium mengandungi tempat letak kenderaan dan 30 unit ruang komersial dengan:
- Blok A1 : menara 38 tingkat mengandungi pangsapuri (216 unit) dan 1 tingkat ruang kemudahan.
- Blok A2 : menara 38 tingkat mengandungi pangsapuri (216 unit) dan 1 tingkat ruang kemudahan.
- Blok A3 : menara 38 tingkat mengandungi pangsapuri (216 unit) dan 1 tingkat ruang kemudahan.
(ii) 1 blok 6 tingkat podium mengandungi tempat letak kenderaan dengan 2 blok menara 38 tingkat (B1 & B2) mengandungi pangsapuri (292 unit) dan 1 tingkat ruang kemudahan.
(iii) 1 blok 38 tingkat bangunan mengandungi tempat letak kenderaan dan rumah pangsa kos sederhana rendah (564 unit) beserta ruang kemudahan.
(iv) 8 unit 3 dan 4 tingkat kedai/pejabat.
(c) Amaun yang dikecualikan
Bayaran pembangunan yang dikecualikan adalah RM4,000,000.00.
(d) Sebab diberikan pengecualian
Pengecualian ini diberi atas sebab Tetuan Ivory Villas Sdn. Bhd. akan memulihkan projek ini yang telah terbengkelai. Kelulusan dahulu adalah diberikan kepada Tetuan Gewaris Sdn. Bhd. pada 22.12.1995. Projek ini telah 13 tahun terbengkelai dan Majlis Mesyuarat Kerajaan telah memberi kelulusan pada mesyuarat bertarikh 24.1.2008 dan disahkan pada 30.1.2008.