MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
24/10/2011
Soalan Kerajaan negeri telah memanggil perunding antarabangsa untuk cadangan Request for Proposal (RFP) membina jaringan terowong dasar laut yang menghubungi Pulau Pinang dengan Seberang yang tidak selaras dengan cadangan Pelan Induk Trafik Pulau Pinang dan Majlis Trafik Pulau Pinang. Sila jelaskan tujuan melibatkan perunding antarabangsa dan penubuhan Majlis Trafik itu memandangkan cadangan mereka adalah bercanggah dengan cadangan oleh Y.A.B. Ketua Menteri.
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
13. Projek Terowong Lingkaran Ketiga (Terowong Dasar Laut) dari bahagian pulau, Pulau Pinang ke Seberang Perai dicadangkan untuk menghubungkan kawasan Persiaran Gurney ke kawasan Seberang Perai Utara. Terowong ini dicadangkan untuk mempunyai 4 lorong dua hala dan kajian akan dijalankan untuk menentukan keperluan mengadakan laluan khas sistem transit.

Kenderaan-kenderaan yang berulang alik dari kawasan utara pulau ke Seberang Perai dan sebaliknya adalah melalui Jambatan Pulau Pinang yang menggunakan beberapa jalan di kawasan George Town dan Seberang Perai yang mengalami kesesakan lalulintas yang tinggi pada waktu puncak lalu lintas. Koridor-koridor utama yang digunakan oleh kenderaan-kenderaan adalah:-

(a) Koridor utara George Town seperti Persiaran Gurney, Jalan Kelawai, Jalan Burma dan Jalan Sultan Ahmad Shah menuju ke Pengkalan Weld atau Jalan Dr. Lim Chwee Leong untuk bersambung ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu;

(b) Koridor pinggiran luar George Town melalui Jalan Bagan Jermal dan Jalan Gottlieb menuju ke Jalan Masjid Negeri dan seterusnya ke Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu; dan

(c) Di sebelah Seberang Perai, kenderaan- kenderaan di sebelah kawasan Metropolitan Butterworth dan pinggiran pantai utara yang berulang alik dari Jambatan Pulau Pinang juga melalui jalan-jalan tempatan dan lebuh raya yang sesak terutama sekali di bahagian persimpangan-persimpangan. Beberapa koridor yang menghubungkan Jalan Persekutuan 1 ke Lebuh Raya Utara Selatan juga mengalami kesesakan serius.

Semasa perancangan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, 3 jajaran telah dikaji seperti berikut iaitu:-

(i) Jajaran di utara yang menghubungkan persimpangan Jalan Tanjong Tokong/ Persiaran Gurney/ Jalan Bagan Jermal/ Jalan Kelawai (Lebuh Raya Lingkaran Luar Pulau Pinang- PORR) melalui pulau-pulau cadangan projek tebus guna tanah Tanjung Pinang ke persimpangan Jalan Bagan Ajam (Jalan Persekutuan 1)/Lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth;

(ii) Jajaran di tengah yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Jelutong ke Lebuh Raya Butterworth- Kulim; dan

(iii) Jajaran selatan dari Batu Maung di pulau ke Batu Kawan di Seberang Perai.


Perunding Halcrow Sdn. Bhd. semasa menjalankan Penang Urban Transport Study (1998) telah mengkaji 5 jajaran untuk Jambatan Kedua dan mengenal pasti jajaran utara sebagai jajaran pilihan mengikut perkembangan perancangan infrastruktur pada masa itu iaitu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa di Utara.



Link Ketiga di utara pulau tidak dinyatakan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020. Namun, jajarannya telah dikenal pasti sejak perancangan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan juga semasa Kajian Penang Urban Transport Study oleh Perunding Halcrow Sdn. Bhd. Pembinaan Link Ketiga di utara akan lebih memerlukan dalam masa beberapa tahun lagi, atas faktor-faktor berikut:-

(i) Pembangunan yang pesat di sebelah utara dan pertengahan pulau serta Seberang Perai;

(ii) Bagi melegakan kesesakan waktu puncak di Jambatan Pulau Pinang yang dijangka akan mengalami keadaan lalu lintas tepu saturated flow dalam masa 5 tahun, walaupun dengan penyiapan Jambatan Kedua Pulau Pinang;

(iii) Untuk meringankan kesesakan di jalan – jalan tempatan di bahagian pulau dan Seberang Perai menuju ke Jambatan Pulau Pinang serta mengurangkan jarak dan masa perjalanan harian penduduk Pulau Pinang yang berulang - alik melalui Jambatan Pulau Pinang; dan

(iv) Perkhidmatan feri yang tidak dapat menampung permintaan pada masa hadapan dengan kapasiti dan infrastruktur sedia ada.

Oleh yang demikian, perancangan pembinaan Link Ketiga Pulau Pinang perlu dilaksanakan. Jajaran bersesuaian bermula dari Persiaran Gurney melalui cadangan tanah (pulau) tebus guna Tanjung Pinang ke bahagian Jalan Persekutuan 1 di antara Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Terminal Feri Pengkalan Sultan Abdul Halim. Jajaran cadangan ini sepanjang 6.3 km (di laut) dengan panjang keseluruhan 8 km.

Penang Transport Council (PTC), satu badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri untuk membincangkan masalah berkaitan dengan kesesakan jalan raya dan pengangkutan dalam negeri serta mencari penyelesaian telah mencadangkan di adakan satu Pelan Induk Pengangkutan Negeri. Di samping itu, PTC juga telah mencadangkan penubuhan Unit Pengurusan Lalu lintas sebagai urusetia kepada PTC.

PTC telah menyediakan Terms Of Reference bagi Pelan Induk Pengangkutan. Kontrak melaksanakan kajian Pelan Induk Pengangkutan telah diberi kepada AJC Planning Consultant Sdn. Bhd. Kajian telah bermula pada April 2011 dan akan mengambil masa 11 bulan untuk selesai.

Antara objektif Pelan Induk pengangkutan ialah seperti berikut :

(i) Memastikan satu pendekatan yang holistik untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas;

(ii) Pendekatan Moving people not cars;

(iii) Memastikan jalan raya adalah selamat dan mesra guna untuk pejalan kaki, penunggang basikal, warga emas dan OKU;

(iv) Peralihan dari kenderaan swasta ke pengangkutan awam dan sasaran mencapai 60%:40% ratio antara kenderaan awam dan kenderaan swasta;

(v) Integrate semua mode pengangkutan seperti jalan, keretapi, air dan udara;

(vi) Proses perancangan perlu melibatkan orang ramai temasuk input daripada pakar, penuntut, operator pengangkutan dan majikan;

(vii) Pelan Induk pengangkutan mesti mapan dan konsisten dengan prinsip objektif pembangunan mampan Pulau Pinang;

(viii) Pelan Induk perlu mengambil kira keperluan golongan OKU; dan

(ix) Perancangan Pelan Induk perlu meliputi tempoh sehingga tahun 2030.

AJC Planning Consultans Sdn. Bhd. sedang dalam bulan ketujuh pelaksanaan kajian dan telah menyaipkan satu inception report yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri. Syarikat ini juga telah menganjurkan dua (2) bengkel untuk mendapat maklum balas daripada semua stake holders serta menyiapkan laporan Overview of the Existing Transport Sector. Kajian oleh AJC Planning Consultants Sdn. Bhd. akan tamat pada Mac 2012.
Kembali