MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
24/10/2011
Soalan Sila berikan statistik kes-kes jenayah yang dilaporkan mengikut kategori masing-masing yang berlaku di sekitar KADUN KOMTAR dan Pengkalan Kota bagi tahun 2010 dan 2011.
Dun -
Exco
Perkara Keselamatan Negara

Jawapan
Kes jenayah yang dilaporkan di kawasan KADUN KOMTAR bagi tahun 2010 adalah sebanyak 724 kes dan bagi tahun 2011 (sehingga September) pula adalah sebanyak 440 kes dengan penurunan sebanyak 284 kes. Kawasan KADUN KOMTAR termasuk dalam kawasan pentadbiran Balai Polis Jalan Patani.

Bagi KADUN Pengkalan Kota pula, jumlah kes yang dilaporkan pada 2010 adalah sebanyak 312 kes berbanding dengan tahun 2011 (sehingga September) yang mencatatkan jumlah sebanyak 172 kes dengan penurunan sebanyak 140 kes. Kawasan KADUN Pengkalan Kota termasuk dalam kawasan pentadbiran Balai Polis Lebuh Pantai dan Balai Polis Central.
Kembali