MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
24/10/2011
Soalan Berapakan peruntukan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk menyedia dan menggantikan tong-tong sampah dan menjaga kebersihan untuk Tahun 2011? Kenapakah tong-tong sampah yang pecah dan terlalu buruk masih tidak di tukar walaupun ianya tidak sesuai lagi digunakan kerana air kotoran mengalir keluar dan berbau busuk?
Dun -
Exco
Perkara MPSP

Jawapan
2. Pada tahun 2011, MPSP menyediakan peruntukan sebanyak RM700,000.00 bagi bekalan tong sampah.

Sehingga kini, MPSP mempunyai 1,742 unit tong sampah jenis “CU” di seluruh Seberang Perai. Jangka hayat tong sampah adalah sekitar 2 hingga 5 tahun dan akan mengalami kerosakan akibat terdedah kepada “leachate” dan cuaca.

Proses penggantian tong sampah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pada tahun 2010 sebanyak 330 buah tong sampah jenis “CU” telah dibekalkan termasuk menggantikan yang rosak. Manakala pada tahun 2011 sebanyak 430 buah tong sampah jenis “CU” akan dibekalkan dan diganti mengikut keutamaan. Urusan menggantikan tong sampah dilakukan secara berperingkat tertakluk kepada peruntukan, oleh itu memang terdapat tong sampah yang rosak dan belum digantikan lagi setakat ini.
Kembali