MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
24/10/2011
Soalan Di Negeri Pulau Pinang terdapat banyak kawasan perumahan lama di kampung-kampung yang padat dengan penduduk yang tidak mempunyai kemudahan awam seperti dewan, surau, tempat mainan kanak-kanak untuk aktiviti kemasyarakatan. Adakah kerajaan negeri menyokong dan akan membantu usaha penduduk untuk mencari pembiayaan membina kemudahan-kemudahan tersebut untuk kegunaan kemasyarakatan di kawasan itu yang mana tidak dapat disediakan oleh kerajaan negeri?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
8. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti dewan, surau serta taman-taman permainan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Usaha ini akan menjadi lebih mudah sekiranya pembangunan sesebuah kawasan merupakan pembangunan terancang. Kerajaan Negeri juga sentiasa mengalu-alukan bantuan serta inisiatif Corporate Social Responsibilities (CSR) dari badan-badan korporat dalam membantu menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut. Sebarang usaha penduduk untuk mencari pembiayaan ke atas penyediaan kemudahan bagi kegunaan masyarakat akan sentiasa disokong dan dibantu oleh Kerajaan Negeri.
 
Kembali