MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2012
Soalan Nyatakan nama dan latar belakang Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera. Sejak penubuhan, telah berapa kalikah mesyuarat dijalankan dan perincikan program serta projek yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Perbadanan berserta kos dan sumber pembiayaan.
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Pentadbiran

Jawapan
7. Nama dan Latar Belakang Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera adalah seperti berikut :

i) Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng
Ketua Menteri
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

ii) Y.B. Tuan Chow Kon Yeow
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

iii) Y.B. Tuan Wong Hon Wai
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

iv) Y.B. Dato' Farizan Bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

v) Y.B. Dato' Haji Mokhtar Bin Jait
Pegawai Kewangan Negeri
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

vi) Y.Bhg. Dato' Haji Ismail Bin Ibrahim
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri
Tarikh Lantikan : 26 Disember 2011

vii) Y.Brs. Encik Rashidi Bin Hasbullah
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan) Kementerian Pelancongan
Tarikh Lantikan : 28 September 2011

viii) Y.Bhg. Dato' Kumaran a/l Santhivaloo
Setiausaha Bahagian Pengurusan Kawasan Strategik Kementerian Kewangan
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

ix) Tuan Ir. Haji Ahmad Latif Bin Haji Abdul Hamid
Pengarah Kerja Raya Negeri
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

x) Tuan Haji Abdul Wahab Bin Deraman
Pengarah Perhutanan Negeri
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

xi) Y.Bhg. Dato' Hajah Patahiyah Binti Ismail
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

xii) Y.B. Tuan Jason Ong Khan Lee
Ahli Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

xiii). Y.B. Tuan Liew Chin Tong
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

xiv) Y.Bhg. Dato' Lee Kah Choon
Pengarah Invest-In-Penang
Tarikh Lantikan : 1 September 2010

Sejak Penubuhan Perbadanan Bukit Bendera, Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera telah mengadakan beberapa siri bilangan mesyuarat iaitu sebanyak 12 mesyuarat. 2 mesyuarat pada tahun 2010, 5 siri mesyuarat pada tahun 2011 dan 5 siri mesyuarat pada tahun 2012.

Bagi tahun 2011, pihak Perbadanan Bukit Bendera telah diperuntukkan sebanyak RM8.6 juta oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan pembangunan. Manakala bagi tahun 2012, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah diperuntukkan sebanyak RM8.65 juta oleh Kerajaan Negeri. Butiran projek dan juga program yang telah dirancang dan dilaksanakan adalah seperti lampiran berkepil.
Kembali