Jawapan
Y.B. TUAN LIM HOCK SENG
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
1. Kajian Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang telah mencadangkan agar penyediaan Hybrid Tram System dipertimbangkan di bahagian pulau, Pulau Pinang. Cadangan ini melibatkan penyediaan Sistem Tram di zon warisan dan pusat bandar George Town serta laluan-laluan utama yang bersambung ke George Town.
Kajian yang lebih terperinci diperlukan untuk mengenal pasti jenis sistem transit yang sesuai digunakan di bahagian pulau, Pulau Pinang serta jajarannya. Anggaran awalan untuk menyediakan sistem tram di Pusat Bandaraya George Town hasil Kajian Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang adalah berjumlah RM1.35 bilion. Kerajaan Negeri masih lagi sedang meneliti cadangan pelaksanaannya.