MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2012
Soalan Sila nyatakan kemudahan awam berikut (yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang) mulai tahun 2008 sehingga sekarang. (i) Perpustakaan Awam (ii) Dewan Orang Ramai (iii) Taman Rekreasi (iv) Kompleks Sukan (v) Rumah Orang Tua (vi) Rumah Anjung untuk Orang Miskin (vii) Taman Harimau (a) Sila nyatakan jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi setiap kemudahan awam tersebut. (b) Sila nyatakan perancangan masa hadapan dan bajet bagi kemudahan awam yang disebutkan tadi.
Dun -
Exco YB. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara Kerajaan Pakatan Rakyat

Jawapan
10. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) , Pejabat Daerah, Jabatan Perhutanan Negeri dan Perbadanan Perpustakaan Awam telah menyediakan kemudahan awam dan peruntukan mulai tahun 2008 hingga sekarang seperti berikut:-






(A) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

(a) MPPP memperuntukkan sebanyak RM720,000.00 bagi tahun 2013 untuk penyelenggaraan semua 9 Balai Rakyat dan Dewan Serbaguna Kompleks Pasar Awam Balik Pulau seperti berikut:-

(i) Memasang siling dan penghawa dingin di bilik persalinan semua Balai Rakyat;
(ii) Baik pulih tandas semua Balai Rakyat;
(iii) Memasang tembok batu di Balai Rakyat Jalan Patani;
(iv) Membeli pasu-pasu hiasan untuk semua Balai Rakyat;
(v) Membaiki bumbung di semua Balai Rakyat;
(vi) Membaiki kerosakan kecil, elektrik trip di semua Balai Rakyat;
(vii) Memasang spot light di dewan Serbaguna Kompleks Pasar Awam Balik Pulau; dan
(viii) Memasang penghawa dingin, tan siling bilik utiliti dan bilik sukan, kipas angin, pintu pagar laluan ke atas dewan, jerejak besi tingkap, roller carter laluan masuk tingkat 2, pagar bilik PA sistem Balai Rakyat.

(b) Melaksanakan projek naik taraf taman-taman awam yang dilaksanakan pada tahun 2013 adalah seperti berikut:-

(i) Naik taraf Laluan Pintu Masuk Padang Kota Lama (RM20,000)
(ii) Naik taraf Landskap Taman Sri Nibong (RM100,000)
(iii) Naik taraf Laluan Trek Joging Taman Perbandaran (RM200,000)


(B) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

(a) MPSP terlibat dalam menaiktaraf taman rekreasi melalui Program CSR seperti berikut:-

(i) Taman Tugu Kota Demokrasi Bagan, Butterworth
(ii) Taman Tunku, Seberang Jaya
(iii) Taman Rekreasi PBAPP Bukit D.O, Bukit Mertajam.

Memandangkan ianya dibuat secara CSR, tiada perbelanjaan yang terlibat untuk kemudahan tersebut.

(b) Perancangan dan bajet bagi kemudahan awam masa hadapan (2012 – 2013) adalah seperti berikut:-

Bil.
Tajuk Projek
Kos (RM)
1
Cadangan pengindahan di rezab sungai, Taman Seri Murni,SPU.
120,900.00

2
Cadangan naik taraf pengindahan
di Taman Tunku,Seberang Jaya.
54,000.00

3
Cadangan pengindahan di tanah lapang Taman Prima Prai.
125,100.00

4
Membekal dan memasang alat mainan dan outdoor fitness equipment.
500,000.00


JUMLAH
800,000.00

(C) Jabatan Perhutanan

(a) Keseluruhan kos pembinaan kemudahan dan infrastruktur Taman Harimau atau Taman Desa Flora dan Fauna adalah sebanyak RM1.46 juta.

(b) Jabatan Perhutanan Negeri mencadangkan supaya Taman Desa Flora dan Fauna diswastakan sepenuhnya kepada pengusaha yang berminat untuk memajukan kawasan berkenaan. Jabatan Perhutanan Negeri berpandangan bahawa melalui penswastaan Taman Desa Flora dan Fauna akan dapat dibangunkan dengan cara yang terbaik. Jabatan Perhutanan Negeri telah mengemukakan kertas kerja daripada pengusaha yang berminat kepada UPEN untuk tindakan selanjutnya. Walau bagaimanapun, Jabatan Perhutanan Negeri mencadangkan supaya pemilihan pengusaha yang layak serta berwibawa dipilih melalui proses tender terbuka.

(D) Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU)

(a) Bagi tempoh 2008 hingga 2012 PDTSPU membina kemudahan-kemudahan rekreasi /sukan dalam skala kecil seperti berikut:-

(i) Gelanggang Sukan Rakyat, Kampung Guar Tuan Syed (2012);

(ii) Gelanggang Futsal Dewan Besar Sungai Dua (proses perolehan) dengan anggaran kos sebanyak RM120 ribu sahaja.

(b) Tiada perancangan untuk menyediakan kemudahan awam oleh Pejabat Daerah, tetapi pelaksanaan projek adalah berdasarkan kepada permohonan daripada pelbagai agensi.

(E) Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT)

(a) Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah hanya terlibat di dalam membina Dewan Orang Ramai. Sejak tahun 2008 terdapat dua buah Dewan Orang Ramai yang telah dibina dan sebuah dewan yang sedang dirancang iaitu:-

(i) Dewan Orang Ramai Sungai Semilang yang telah dibina pada tahun 2011 dengan kos pembinaan sejumlah RM164,000.00 dan kos pengambilan sejumlah RM102,500.

(ii) Cadangan pembinaan Dewan Orang Ramai Penanti yang melibatkan pengambilan tanah seluas 4.3 ekar dengan anggaran kos pengambilan sejumlah RM4.8 juta. Fasa pertama pengambilan yang melibatkan kawasan 2.218 ekar sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada akhir tahun ini (2012).

(b) Fasa kedua akan mula dilaksanakan pada tahun 2013.

(F) Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS)

(a) Jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi setiap kemudahan awam di bawah seliaan Pejabat daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan sebanyak RM850,774.00 dari tahun 2008-2012. butiran terperinci di lampiran A.

(b) Adalah dianggarkan sebanyak RM200,000.00 diperlukan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan bagi penyelenggaraan 73 unit dewan dan balai raya termasuk 2 gelanggang sukan di bawah pemantauannya.

(G) Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Timur Laut (PDTTL)

(a) Sejak tahun 2008 sehingga Oktober 2012, Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (PDTTL) telah membina dua (2) buah Dewan untuk kegunaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di Daerah Timur Laut (DTL) seperti di lampiran B.

(b) Pada masa kini, PDTTL tidak mempunyai sebarang perancangan khususnya bagi melaksanakan kemudahan-kemudahan awam yang lain seperti yang dinyatakan dalam soalan. Masalah penjaja tanpa lesen adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (PDTTL) tidak mempunyai maklumat mengenai bilangan dan rancangan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah penjaja tanpa lesen.








(H) Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya (PDTBD)

(a) Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya telah melaksanakan 41 projek menaiktaraf serta membaik pulih dewan orang ramai dengan kos keseluruhan RM371,000.00 dari tahun 2008 sehingga 2012. Senarai projek-projek tersebut adalah seperti di lampiran C.

(b) Tiada perancangan untuk menyediakan kemudahan awam oleh Pejabat Daerah DBD, tetapi pelaksanaan projek adalah berdasarkan kepada permohonan daripada pelbagai agensi.

(I) Perbadanan Perpustakaan Awam

(a) Pada ketika ini Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang mempunyai 105 buah rangkaian perpustakaan di seluruh negeri Pulau Pinang merangkumi sebuah Perpustakaan Negeri (Seberang Jaya), 5 buah Perpustakaan Cawangan (Bertam, Bukit Mertajam, Jawi, George Town dan Balik Pulau). Sebuah Perpustakaan Kanak-kanak (Jalan Scotland), 2 buah Perpustakaan Pekan (Bagan Ajam dan Simpang Ampat), 3 buah perpustakaan di Kompleks Beli belah (Komtar, Mayang Mall dan Jusco) 81 buah Perpustakaan Desa Siber Ilmu (Daerah Tmur Laut 6 buah, Daerah Barat Daya 14 buah, Seberang Perai Utara 27 buah, Seberang Perai Tengah 19 buah dan Seberang Perai Selatan 15 buah) dan 12 buah Perpustakaan Bergerak dan 2 buah bas disediakan khusus untuk golongan istimewa (225 pusat perhentian). Tidak ada peruntukan untuk membina bangunan baru perpustakaan tetapi Kerajaan Negeri telah memperuntukan sejumlah wang untuk menaik taraf kebanyakan perpustakaan. Senarai perpustakaan dan anggaran perbelanjaan untuk kerja- kerja naik taraf adalah seperti di Lampiran D.






(b) Perbadanan berpandangan dengan jumlah sebanyak 105 buah perpustakaan dan dirangkaikan secara atas talian adalah memadai untuk memberi perkhidmatan perpustakaan kepada seluruh penduduk negeri Pulau Pinang.

(J) Majlis Sukan Negeri

Wisma Angkat Berat Bukit Mertajam.

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sentiasa memastikan bahawa kemudahan sukan yang berada dibawah pengurusan majlis adalah dalam keadaan baik dan terurus selaras dengan usaha untuk meningkatkan mutu pembangunan sukan negeri dari segi pengurusan kemudahan, latihan dan pencapaian cemerlang atlet dalam pertandingan yang disertai.

Bajet pengurusan kemudahan sukan yang digunakan untuk segala urusan pembayaran utiliti dan penyelenggaraan pusat-pusat latihan sukan adalah melalui Geran Perbelanjaan Mengurus Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM4,300,000.00 setahun dan Geran Penyelenggaraan Stadium Batu Kawan sebanyak RM600,000.00 setahun.
Kembali