Jawapan
Langkah proaktif Kerajaan Negeri terhadap kebajikan dan pembangunan wanita, keluarga dan komuniti diperkukuhkan lagi dengan menjadikan 3Gs sebagai elemen kepada Penang Women Development Corporation (PWDC) yang telah ditubuhkan pada Januari 2012. Salah satu daripada teras utama PWDC ialah advokasi dan dasar gender yang berperanan untuk merumuskan dasar-dasar berkaitan gender yang relevan, memantau dasar yang bersifat diskriminasi gender serta menginstitusikan Bajet Responsif Gender (BRG) - Projek Perintis selama 3 tahun di peringkat kerajaan tempatan yang bergandingan bersama dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).