MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2012
Soalan Huraikan strategi dan pelan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan penggunaan renewable energy pada lima (5) tahun yang akan datang.
Dun -
Exco YB. TUAN PHEE BOON POH
Perkara --

Jawapan
Y.B. TUAN PHEE BOON POH
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
26. Kerajaan Negeri menggalakkan penjanaan tenaga yang diperbaharui (renewal energy) menggunakan sumber - sumber asli seperti menghasilkan biofuel dan elektrik selaras dengan deklarasi Rio De Jenario 1992.

Renewable energy atau tenaga diperbaharui dipercayai dapat membantu mengurangkan masalah pemanasan global melalui pengurangan kebergantungan terhadap penggunaan bahan api fosil yang mana pembakarannya akan melepaskan gas-gas rumah hijau ke atmosfera selain mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Tenaga boleh dijana daripada sumber-sumber seperti solar, biogas, hidro dan angin. Dengan menggunakan sumber semulajadi ini, ia dapat mengurangkan penggunaan sumber tenaga dari hidrokarbon dan nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi dan kualiti alam sekitar. Kerajaan Pusat juga sedang menyediakan satu garis panduan bagi menggalakan penggunaan teknologi hijau termasuk mengkomersialkan penggunaan tenaga solar.

Tenaga suria (solar energy) merupakan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) kerana solar panel hanya bergantung kepada tenaga suria. Oleh itu penggunaan panel solar boleh menjimatkan kos elektrik dan dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga seperti gas dan arang batu (non renewable energy).

Memandangkan Negeri Pulau Pinang khasnya kawasan Bayan Lepas dan George Town di Pulau Pinang mendapat penyinaran suria cahaya yang paling tinggi iaitu masing-masing 1809 kwh/m2/year dan 1785 kwh/m2/year berbanding Kota Kinabalu (1900 kwh/m2/year). Oleh itu, Pulau Pinang berpotensi untuk menjanakan “Solar Energy” sebagai sumber tenaga untuk masa hadapan.

Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan projek Clean Development Mechanism (CDM) iaitu mengeluarkan gas metane untuk menjana renewable energy di Tapak Pelupusan Pulau Burong (fasa 1 & 2) dengan kerjasama Syarikat Bionersis dari Perancis.

Aktiviti penjanaan biogas dari sisa buangan haiwan ternakan juga sedang digiatkan. Antara ladang ternakan yang telah memulakan inisiatif ini ialah ladang ternakan khinzir di Kampung Valdor. Berdasarkan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan, jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri serius dalam menggalakkan penggunaan renewable energy.
Kembali