Jawapan
Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
20. (1) Program Kerajaan Negeri melalui tema Cleaner Greener Penang yang telah diadakan ialah:-
(a) Membersihkan kawasan sekitar Prangin Canal di George Town pada 22 Mei 2010.
(b) Bergotong Royong Di Foreshore, Pengkalan Weld pada 22 Julai 2010 melibatkan penduduk setempat.
(c) Majlis Gotong Royong Cleaner Greener Penang di Pengkalan Kota pada 8 Ogos 2010 dengan penduduk-penduduk setempat.
(d) Pameran Majlis Gotong Royong di Komtar pada 29 Ogos 2010.
(e) Pembersihan kawasan pantai dan sekitar Queensbay Mall dengan kerjasama Eastin Hotel dan Pengurusan Queensbay Mall pada 16 Oktober 2010.
(f) Cleaner Greener Penang - Spring Cleaning @ George Town World Heritage Site 2011 di 5 kawasan Pengkalan Kota dengan kerjasama Penang Chinese Town Hall, NGO dan Persatuan Penduduk Setempat pada 9 Januari 2011.
(g) Pameran CGP melibatkan pelbagai jabatan kerajaan dan swasta di PISA pada 24 - 26 Mac 2011.
(h) Pameran CGP sempena Ulangtahun ke-46 Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang pada 14 April – 17 April 2011.
(i) Program CGP @ Bukit Minyak dengan kerjasama penuntut Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Jabatan Perhutanan Negeri dan NGO pada 10 Julai 2011. Program pembersihan kawasan dan sebanyak 500 pokok berjaya ditanam di kawasan perindustrian Bukit Minyak.
(2) Sepanjang tahun 2012, Kerajaan Negeri memfokus kepada Tandas Awam Bersih. Pada 9 Mac 2012, Y.A.B Ketua Menteri telah melancarkan Kempen Tandas Bersih 2012 anjuran bahagian ini. Bahagian kerajaan tempatan telah mendapat kerjasama MPPP, MPSP, Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk menilai tandas-tandas awam dalam satu pertandingan peringkat negeri melibatkan 13 kategori di seluruh negeri. Kempen tandas bersih sedang giat dijalankan oleh keempat-empat agensi terlibat.
Satu Majlis Penutup Kempen Tandas Bersih dirancangkan pada 23 November 2012. Pemenang pertandingan Kempen Tandas Bersih akan diumumkan dan hadiah disampaikan. Sebagai penghargaan setiap pemenang pertama dalam semua kategori akan menerima wang RM2,000.00.
(3) Kerajaan Negeri berharap mendapat kerjasama persatuan dalam rancangan-rancangan masa depan Cleaner Greener Penang membudayakan amalan tandas bersih dikalangan masyarakat Pulau Pinang.
(4) Kerajaan Negeri melalui MPSP juga memperkasakan polisi Kerajaan Negeri bertema Cleaner, Greener, Safer and Healthier Penang adalah seperti berikut :
• Program Local Agenda (LA21)
• Program Senamrobik pada setiap hari Ahad minggu pertama dan minggu ketiga di Taman Tugu Demokrasi Bagan dan Taman Tunku Seberang Jaya
• Gotong-royong bersama penduduk Bukit D.O
• Program Sisa Sifar (Zero Waste) di sekolah – enam (6) buah sekolah
• Program Anugerah Sekolah Hijau – 53 buah sekolah
• Program MPSP Green Ride
• Program MPSP Green Run
• 22 Program Pengindahan dan Keceriaan Bandar (Projek Corporate Social Responsibility (CSR) di Seberang Perai
• Program Penanaman Pokok
• Program Mudball untuk meningkat kualiti air
• Program Pengumpulan Botol Kaca di Pusat Kitar Semula Jalan Mohd Saad, Butterworth
Program Pengumpulan Polyform di Pusat Kitar Semula Jalan Mohd Saad, Butterworth
• Pengurusan Sisa Dapur Organik tajaan CIMB Bank di taman perumahan :
(i) Taman Bagan Lalang
(ii) Taman Desa Damai
(iii) Taman Sri Rambai
(iv) Permatang Nibong
(v) Permatang Janggus
(vi) Perkampungan Jawi
(vii) Bukit Panchor
(viii) Taman Keenways
(ix) Permatang Bongor
(x) Pasar Awam Bagan Ajam
(xi) Pasar Apollo, Butterworth
(xii) Pasar Bukit Tambun
(xiii) Pasar Pemborong Sayur, Bukit Mertajam
(xiv) Kilang Sony
(xv) Megamall, Perai
(xvi) Restoran Makanan Laut, Bukit Tambun
• Penubuhan Pusat Membeli Bahan Kitar Semula, Sisa Organik dan Alat-alat Permainan Kanak-kanak di Pasaraya Megamall Pinang
• Penubuhan Pusat Membeli Bahan Kitar Semula dan Alat-alat Permainan Kanak-kanak di Pasaraya Sunway Carnival
• Larangan Penggunaan Bekas Polistren
• Kempen Tandas Bersih
• Kempen (No Plastic Bag Everyday)
Manakala Progam Lanjutan adalah seperti berikut :
• Pelancaran Anugerah Komuniti Mampan • Penyampaian Hadiah Sekolah Hijau
• Penilaian Anugerah Sekolah Hijau • Bengkel Sekolah Hijau
• Bengkel Membuat Mud Ball
• Menggalakkan penyertaan sektor awam dan korporat dalam projek CSR
(5) Bagi membudayakan kesedaran amalan kebersihan persekitaran, program-program yang telah dilaksanakan di bawah Inisiatif Cleaner, Greener, Safer and Healthier Penang yang dilancarkan pada 22 Mei 2010 seperti berikut:
Bil
Program yang dijalankan
2010
2011
2012
(sehingga September)
1
Program Komuniti Kesihatan (Gotong Royong)
162
196
157
2
Ops Sinar Bersepadu
476
539
453
3
Ceramah & Pameran Kitar Semula Kempen Pengurangan Beg Plastik
22
46
49
4
Kitar Semula Komputer Terpakai PC Recycling Public Private Partnership Programme
18,000 kg
9,355 kg
6,575.8 kg
5
Kitar Semula (3R Box)
-
577.6 kg
764.5 kg
6
Kitar Semula (Sekolah)
9,985 kg
8,475 kg
8,283 kg
7
Anugerah Sekolah Hijau
23
28
28
8
Pengkomposan (Brick Method and Bio-Regen)
-
13,792 kg
25,508 kg
Kini, pelbagai usaha penambahbaikan program secara berterusan adalah dipergiatkan untuk memantapkan program-program lanjutan seperti berikut:-
Bil
Penambahbaikan Program
Tempoh
1
Kempen Tandas Bersih
2012 Mac 2012- Nov 2012
2
Program Kitar Semula Peringkat Sekolah
2012 Jun 2012-Okt 2012
3
Ekspo Pulau Pinang Hijau
22 – 23 September 2012
4
Program Kitar Semula Komuniti
Bermula November 2012
5
Program Perintis Sisi Elektronik
2 Jun 2012 – Jan 2012
(6) Berbasikal adalah mesra alam dan merupakan cara pengangkutan yang efisien di samping menjadi satu cara bersenam. Koridor-koridor di mana laluan basikal telah disediakan sama ada secara berasingan atau berkongsi dengan kenderaan bermotor adalah untuk menggalakkan orangramai menunggang basikal, Kerajaan Negeri dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan dan pihak swasta termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan telah menyediakan laluan basikal di beberapa kawasan di bahagian pulau, Pulau Pinang.
(i) Sebahagian Persisiran pantai timur dari Batu Maung ke Queensbay Mall dan dari Pantai Jerejak ke Sungai Pinang.
(ii) Kawasan pusat bandar George Town dan Zon Warisan.
(iii) Persiaran Gurney ke Teluk Bahang.
(iv) Teluk Bahang ke Bayan Lepas.
(v) Kawasan Balik Pulau (Eco Bike Trail) yang merangkumi laluan melalui kawasan sawah padi, perkampungan dan tepi laut.
(vi) Laluan dari Taman Belia ke Bukit Bendera (Mountain Bike Tail).
Setakat ini, 120 km daripada laluan basikal dalam pelan induk yang jumlah panjangnya 200 km telah diadakan di bahagian pulau, Pulau Pinang. Peruntukan disediakan setiap tahun untuk membina, menaiktaraf dan menyelenggara laluan basikal. Untuk melangkah ke depan lagi, MPPP berhasrat melengkapkan laluan basikal persisiran pantai dari Batu Maung ke Teluk Bahang sejauh 38 km. Bagi menjadikan impian ini satu kenyataan, MPPP akan memulakan pembinaan Fasa 1 pada awal tahun depan untuk menyambung sebahagian daripada laluan tepi pantai dari kawasan Queensbay Mall ke pusat bandar George Town yang akan dihubungkan ke Komtar.
(7) Kerajaan Negeri tetap diperkukuhkan polisi ini dengan memberi kemudahan basikal yang merangkumi:
(a) Penyediaan rangkaian laluan basikal di seluruh pulau mengikut Pelan Induk Laluan Basikal yang diberikan di Gambarajah 1;
(b) Mensyaratkan pemaju pembangunan baru menyediakan laluan dan kemudahan basikal; dan
(c) Menetapkan piawaian-piawaian untuk menyediaan laluan basikal.
Â