MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2012
Soalan Di dalam ucapan bajet 2012, Y.A.B. Ketua Menteri ada menyebut dalam perkara 66 dan 67 bahawa peruntukan Kerajaan Negeri untuk tujuan Hal Ehwal Agama Islam berjumlah RM64.03 juta. (a) Berapakah perbelanjaan yang telah digunakan sehingga kini bagi setiap jabatan yang telah diperuntukkan. Nyatakan perbelanjaan tersebut secara terperinci? (b)Kenapakah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak mendapat langsung peruntukan daripada bajet tersebut?
Dun -
Exco YB. DATO HAJI ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Perkara --

Jawapan
(a) Terdapat 3 jabatan negeri yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dengan peruntukan yang disediakan berjumlah RM64.03 juta pada tahun 2012. Perincian peruntukan dan perbelanjaan setakat 15 Oktober 2012 adalah seperti berikut:

(Jadual seperti di lampiran berkepil)


(b) Bajet Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan keseluruhan melibatkan wang awam dan dalam tafsiran Akta Acara Kewangan 1957, wang awam adalah semua hasil, pinjaman, amanah dan wang lain serta semua bon, debentur dan cagaran-cagaran lain yang dikumpulkan atau diterima oleh atau bagi Persekutuan dan Negeri tetapi tidak melibatkan Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil pendapatan muslim yang sama. Oleh itu dari segi perundangan, wang awam tidak boleh diperuntukkan kepada Majlis Agama Islam yang mana sumber hasilnya adalah daripada Zakat dan Hasil Bukan Zakat.






Disediakan oleh : Puan Hashimah bt. Mohamed Hashim/012-5314465
Diluluskan oleh : Y.B. Dato' Haji Mokhtar b. Mohd Jait/019-4549903
Kembali