MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2012
Soalan (a) Nyatakan status terkini penjaja tanpa lesen di seluruh Negeri Pulau Pinang. (b) Nyatakan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah penjaja tanpa lesen. (c) Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut. Nyatakan perbelanjaan tersebut secara terperinci.
Dun -
Exco YB. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara Isu

Jawapan
11. (a) Mengikut rekod bancian Majlis Perbandaran Seberang Perai, bilangan penjaja tanpa lesen di Seberang Perai adalah sebanyak 2,426. Jumlah penjaja tanpa lesen di kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula adalah sebanyak 3,108.

(b) MPSP telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah penjaja tanpa lesen seperti berikut:-

(i) Mengeluarkan permit sementara kepada peniaga yang menjalankan perniagaan di lokasi yang bersesuaian.

(ii) Menawarkan peniaga ke ruang niaga MPSP yang bersesuaian.

(iii) Menempatkan semula penjaja di lokasi yang lebih sesuai.

(iv) Mengambil tindakan penguatkuasaan kepada penjaja yang didapati mengganggu lalu lintas dan menyebabkan gangguan awam.

(v) Mewujudkan zon larangan menjaja di lokasi tertentu.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh MPPP pula adalah dengan memberi keutamaan serta menawarkan penjaja-penjaja tanpa lesen ini penempatan di gerai MPPP. MPPP juga sentiasa membuka sesi temuduga terbuka bagi penjaja-penjaja ini dan orang ramai bagi mengisi kekosongan di Kompleks, pasar dan tapak penjaja sementara milik MPPP pada setiap bulan. Sebanyak 7 sesi temuduga terbuka telah dijalankan oleh MPPP sehingga September 2012.

Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Jangka Pendek kepada penjaja yang memohon untuk mendapatkan LPS untuk tapak yang digunakan untuk berniaga.

(c) Manakala peruntukan yang dibelanjakan oleh MPPP untuk mengatasi masalah tersebut adalah seperti berikut:-

Tahun
Projek
Harga Kontrak (RM)
2009
1.
Cadangan Menaik Taraf Pasar Jalan Anson
90,493.00

2.
Cadangan Menaik Taraf Taman Tun Sardon
275,146.30
2010
1.
Cadangan Menaik Taraf Gerai dan Pasar Batu Maung, Pulau Pinang
511,963.00

2.
Cadangan Menaik Taraf Pasar Awam Lebuh Cecil, Pulau Pinang
941,919.00
2011
1.
Cadangan Menaik Taraf Pasar Awam Air Itam, Pulau Pinang
876,937.50

2.
Cadangan Menaik Taraf Pasar Awam Jelutong, Pulau Pinang
1,477,572.06

3.
Cadangan Menaik Taraf Pasar Awam Pulau Tikus, Pulau Pinang
877,754.00

4.
Cadangan Menyediakan Tempat Penyembelihan Ayam di Pasar Tanjung Bungah, Pulau Pinang
90,539.00

Manakala MPSP telah membelanjakan RM4.85 juta pada tahun 2011 untuk menaik taraf pasar awam dengan menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Perincian perbelanjaan adalah seperti di Lampiran A.
Kembali