MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2012
Soalan Bilakah perundingan awal dibuat mengenai pengambilalihan pengurusan PBAPP dan aset PBAPP dibuat sebelum tahun 2008 dan berapakah yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan selepas perjanjian berkenaan dimeteraikan dan sila senaraikan hartanah atau aset yang terlibat dalam perjanjian tersebut, nombor lot dan jenis aset termasuk jentera dan lain-lain.
Dun -
Exco YB. TUAN LIM HOCK SENG
Perkara PBAPP

Jawapan
Y.B. TUAN LIM HOCK SENG
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
16. Perundingan mengenai pengambilan alih pengurusan air PBA dan asset air mulai dibuat dalam tahun 2006 dengan penyempurnaan Rangka Perniagaan 3/30 tahun PBAPP yang bertarikh 15 August 2007.

Selepas Perjanjian Penstrukturan Semula Bekalan Air yang ditandatangani pada 2 Jun 2011, nilai Pinjaman Persekutuan sejumlah RM655.248 juta termasuk semua liabilitinya telah diambilalih oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB). Sebagai balasannya Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyerahkan kepada PAAB secara pajakan 45 tahun aset bekalan air miliknya dengan nilai yang sama. Pada masa yang sama Kerajaan Persekutuan membuat komitmen membiayai kos pembinaan Empangan Mengkuang yang berharga RM 1 bilion.

Sejumlah 163 Lot dengan keluasan lebih kurang 1,600 hektar dipindah milik secara pajakan kepada PAAB. Kegunaan tanah bagi lot-lot yang terlibat adalah seperti berikut :-

i. 48 Lot Kawasan tadahan air dengan keluasan 540.073 Hektar;
ii. 45 Lot kawasan Empangan dengan keluasan 891.998 Hektar;
iii. 53 Lot kawasan Terusan dengan keluasan 75.7 Hektar; dan
iv. 17 Lot kawasan yang diguna bagi kemudahan bekalan air lain dengan keluasan 91.96 Hektar.

Manakala aset bekalan air yang diserahkan kepada PAAB terdiri daripada :-

i. Empangan Air Itam
ii. Empangan Mengkuang
iii Empangan Teluk Bahang
iv. Empangan Cherok Tokun & Bukit Berapit
v. Perai Intake, Sg Dua
vi. Terusan Sg Dua
vii. Lahar Tiang pumping station
viii. Paip Bekalan Air berdiameter lebih 100mm (3276 kilometer)
ix. Pajak Song Land & Building.

Kembali