MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2012
Soalan Apakah tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh JAINPP? (a) Huraikan bentuk kesalahan dan jumlah pelaku sejak 2008. (b) Jumlah yang didakwa di Mahkamah Syariah mengikut daerah. (c) Punca berlaku kesalahan dan tindakan untuk mengurangkan masalah.
Dun -
Exco YB. DATO HAJI ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Perkara Hal Ehwal Agama Islam

Jawapan
7. Jumlah kesalahan yang telah dilakukan dibawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008 adalah sebanyak 8,083 kes dan dihuraikan kesalahan seperti berikut :-
SEKSYEN
JENIS-JENIS KESALAHAN
JUMLAH
15
Tidak Menghormati Bulan Ramadhan
287
18
Berjudi
272
19(1)
Minum Minuman Memabukkan
108
19(2)
Membuat, menjual, menyimpan minuman memabukkan
4
21
Pelacuran
11
22
Muncikari
2
23
Persetubuhan Luar Nikah
75
24
Persediaan Sebagai Melakukan Persetubuhan Luar Nikah
8
25
Liwat
1
27
Khalwat
3956
28
Lelaki Berlagak seperti perempuan
26
29
Perbuatan Tidak Sopan Di tempat Awam
3148
35
Menggalakkan Maksiat
177
43
Penyubahatan melakukan sesuatu kesalahan di bawah Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah.
2
47
Percubaan melakukan sesuatu kesalahan di bawah Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah.
6
JUMLAH
8083

Sementara itu jumlah kesalahan yang dilakukan di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang 2004 adalah sebanyak 1451 kes dan dihuraikan kesalahan seperti berikut :-

SEKSYEN
JENIS-JENIS KESALAHAN
JUMLAH
35
Lewat Daftar
19
38
Akuan Palsu
3
40
Pernikahan Tanpa Kebenaran
374
124
Poligami Tanpa Kebenaran
122
125
Cerai Tanpa Kebenaran
782
134
Bersubahat melakukan sesuatu kesalahan di bawah Enekmen Undang-undang Keluarga Islam.
123
40 & 124
Pernikahan & Poligami Tanpa Kebenaran
10
40 & 134
Nikah Luar Negara & Bersubahat
8
124 & 134
Poligami & Bersubahat
5
40 & 35
Nikah Luar Negara & Lewat Daftar
2
124 & 35
Poligami & Lewat Daftar
3
40, 124 & 35
Nikah, Poligami & Lewat Daftar
0
124, 134 & 35
Nikah, Subahat & Lewat Daftar
0

JUMLAH
1451


(b) Jumlah yang didakwa di Mahkamah Syariah mengikut daerah.

Jumlah kes yang di dakwa mengikut daerah seperti berikut :-

DAERAH
EKJSNPP 1996
EUUKINPP 2004
Timur Laut
1121
179
Barat Daya
830
100
Seberang Perai Selatan
161
113
Seberang Perai Tengah
677
394
Seberang Perai Tengah
1094
249
JUMLAH
3883
1035

EKJSNPP – Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996
EUUKINPP – Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 2004


(c) Punca berlakunya kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang adalah seperti berikut :

(i) Tempat rekreasi telah di salah guna oleh remaja untuk melakukan maksiat.
(ii) Kurang kawalan dan didikan agama terhadap anak- anak.
(iii) Kurang pemahaman Undang-undang Jenayah Syariah
Pengaruh media massa melalui penggunaan telefon pintar yang boleh mengakses laman sesawang serta memuat turun video berunsur lucah.
(iv) Kurangnya kawalan daripada pihak ibu bapa


Tindakan untuk mengurangkan masalah :

(i) Perlunya lampu jalan bagi menerangi kawasan rekreasi di waktu malam.
(ii) Ibu bapa perlu bertanggungjawab dengan memantau pergerakan anak-anak dan memberi didikan agama secukupnya.
(iii) Mengadakan sesi penerangan dan pameran kepada masyarakat setempat tentang undang-undang Jenayah Syariah.
(iv) Perlunya papan tanda amaran berkaitan Kesalahan Jenayah Syariah di kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya maksiat di seluruh Negeri Pulau Pinang.
(v) Tindakan dan pemantauan secara berkala dari agensi-agensi yang bertanggungjawab seperti Kementerian Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya.




Kembali