MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2012
Soalan Berapa banyakkah syarikat dan premis perniagaan memohon logo Halal sejak 2008? (a) Apakah yang dilakukan untuk menguatkuasakan peraturan ini? (b) Bilangan yang melanggar syarat dan pematuhan setelah mendapat logo Halal. (c) Apakah cadangan untuk menambah baik isu ini bagi menjamin umat Islam mendapat makanan halal lagi toyyiban?
Dun -
Exco YB. DATO HAJI ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Perkara Hal Ehwal Agama Islam

Jawapan
Y.B. DATO HAJI ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
8. Bilangan syarikat dan premis perniagaan yang memohon logo Halal sejak tahun 2008 adalah seperti berikut:-


TAHUN
BIL.PERMOHONAN
2008
91
2009
166
2010
198
2011
295
2012
395
JUMLAH
1145


a) Syarikat yang menggunakan logo Halal akan terikat dengan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) iaitu Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. JHEAIPP dan JAKIM sentiasa memantau penggunaan logo Halal ini.

b) Bilangan yang melanggar syarat dan pematuhan logo Halal sejak tahun 2008 hingga hingga sekarang adalah seperti berikut:-

Diberi amaran dan arahan pembetulan
8 syarikat
Gantung Sijil Halal
5 syarikat
Tarik balik Sijil Halal
1 syarikat


c) Antara cadangan untuk menambah baik isu ini bagi menjamin umat Islam mendapat makanan yang halal adalah:-

i) Meningkatkan lagi pemeriksaan pemantauan secara berkala, penguatkuasaan dan susulan serta memperbanyakkan lagi program-program kesedaran halal kepada pengguna-pengguna Muslim secara khususnya dan segenap lapisan masyarakat secara amnya.

ii) Memberi kesedaran dan pemahaman mengenai pindaan Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 dan perintah-perintah berkaitan perlaksanaan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula pada 01 Januari 2013.

iii) Memberi kesedaran semua pihak yang berkepentingan bahawa sijil dan logo halal yang dikeluarkan/dipohon sama ada secara self declaration atau yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat swasta tidak lagi dibenarkan. Perbuatan tersebut adalah merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah APD 2011 yang baru ini. Hanya logo Halal JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja diakui terima.

iv) Memberi kesedaran tentang denda yang tinggi tahap mana mana orang yang memperdayakan atau mengelirukan orang awam berhubung barangan yang diletakkan logo Halal.
Kembali