MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2012
Soalan (a) Apakah tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke atas pemilik atau penternak ladang khinzir tanpa lesen? Adakah tindakan tersebut setimpal dengan kesalahannya? (b) Adakah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyediakan peruntukan kewangan/pinjaman khas kepada penternak ladang khinzir bagi mengatasi masalah ternakan serta menjaga dan meningkatkan taraf ekosistem, kebersihan alam sekitar terutama di kawasan berhampiran tempat ladang?
Dun -
Exco YB. TUAN LAW CHOO KIANG
Perkara Pertanian/Penternakan/Perikanan

Jawapan
Y.B. TUAN LAW CHOO KIANG
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
14. Kejadian banjir kecil yang berlaku adalah disebabkan beberapa punca seperti hujan yang sangat lebat dalam tempoh yang singkat, terdapat halangan (sampah,utiliti) dalam sistem perparitan, sistem perparitan yang tidak mencukupi, pertembungan hujan lebat dengan air pasang tinggi, serta kedudukan lokasi penempatan dalam dataran banjir.

Di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang.

a) Seramai 44 orang kakitangan ditugaskan di kawasan Kepala Batas;

b) Kerja-kerja mencuci parit/sungai dibuat sebanyak 4 kali dalam setahun (2.5 bulan sekali atau 10 minggu sekali);

c) Kerja penyelenggaraan oleh syarikat swasta yang dilantik telah dipamer dalam laman web jabatan. Syarikat tersebut adalah :-

1) Perniagaan Inai Indah
2) Sailoft Enterprise
3) Mieco Engineering
4) Arena Kama Ent
5) Serasi Unggul Maju Sdn Bhd
6) Lahar Indah Construction

Manakala di bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai pula,

a) Seramai 103 orang pekerja dengan bidang tugas meliputi kerja-kerja pembersihan am dan kutipan sampah ditempatkan di Parlimen Kepala Batas.

b) Kerja-kerja pembersihan parit monsun dijalankan dua (2) bulan sekali dan parit di taman perumahan seminggu sekali.

c) Bagi parlimen Kepala Batas terdapat tiga (3) kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan am termasuk pencucian parit iaitu:-

i. Consed Sdn. Bhd.
ii. Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang.
iii. AHI Teguh Enterprise.
Kembali