Jawapan
1. Secara keseluruhannya, pembangunan kawasan tanah bukit di Negeri Pulau Pinang masih lagi terkawal selepas pewartaan RSNPP 2020 pada tahun 2007. Tiada projek-projek pembangunan di kawasan tanah bukit yang melebihi 250 kaki diluluskan selepas pewartaan RSNPP 2020 kecuali tanah yang termasuk dalam kategori ‘projek istimewa’ sahaja. Semua projek istimewa perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri untuk perakuan. Penetapan ini dibuat supaya kawalan dapat dibuat secara langsung dari segi densiti, nisbah plot, ketinggian dan sebagainya. Di samping itu, ianya juga masih tertakluk kepada kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA), Transport Impact Assessment (TIA) dan juga Laporan Geoteknikal melalui Jawatankuasa Tanah Berisiko Negeri. Pembangunan ini juga tidak dibenarkan rezoning daripada tanah pertanian atau bukit kepada perumahan. Garis panduan Ketumpatan yang tinggi (87 unit / per ekar) di kawasan yang bercerun tidak dibenarkan.
Garis Panduan Pembangunan Di Lereng Bukit dan Tanah Tinggi Di Negeri Pulau Pinang yang diguna pakai sekarang telah menetapkan bahawa tidak dibenarkan sebarang pembangunan yang melebihi 76 meter (250 kaki), berbanding dengan yang disediakan oleh Persekutuan yang menetapkan tidak melebihi 150 meter (500 kaki). Di samping itu, penentuan zon penampan bagi pembangunan tanah bukit ditentukan perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pembangunan Tanah Berisiko, mengikut keperluan kes (case by case).
Suatu Jawatankuasa Bebas Cerun Bukit Geo-Teknikal yang diketuai oleh Dr. Gue – See Saw daripada Cambridge University dan dianggotai Presiden Perbadanan Arkitek Malaysia Pulau Pinang. Lawrance Low dan jurutera bertauliah Dato' K.K. Lim telah merangka garis panduan dan meneliti aduan-aduan yang diterima.
“Safety Guideline For Hillsite Development 2012 (Garis panduan Keselamatan Pembangunan Cerun Bukit 2012) telah diguna pakai kini oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memantapkan lagi peraturan-peraturan keselamatan sedia ada untuk pembangunan di kawasan cerun bukit khususnya bangunan tinggi / pencakar langit agar tidak lagi berlaku sebarang malapetaka seperti mana yang berlaku di beberapa kawasan dalam Negeri Pulau Pinang sebelum ini.