MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2012
Soalan Adakah Kerajaan Negeri komited dalam soal Pendemokrasian? Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meluluskan Enakmen Suruhanjaya Khidmat DUN Pulau Pinang untuk mencapai objektif pendemokrasian?
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Enakmen/Akta

Jawapan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendokong prinsip demokrasi di dalam pentadbiran negeri ini. Prinsip-prinsip demokrasi yang diterapkan oleh Kerajaan Negeri ialah pemilihan yang teliti dan jujur, hak memilih, hak dipilih, kekebasan menyatakan pendapat tanpa ancaman dan kebebasan mengakses informasi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mewujudkan Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 dan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 bagi membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperjuangkan sistem demokrasi sebagai asas kepada pemerintahan Kerajaan.

Pada masa ini, Kerajaan Negeri masih sedang mengkaji cadangan untuk meluluskan Enakmen Suruhanjaya Khidmat DUN Pulau Pinang.


Disediakan oleh : Siti Asma' Binti Mohd Salleh
013-4885695
Kembali