MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2012
Soalan Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah penjaja yang tidak berlesen? Kenapakah pihak MPSP tidak menyediakan tempat alternatif yang sesuai untuk mereka mencari nafkah? Sila nyatakan jumlah penjaja yang masih belum lagi ditangani oleh pihak berkuasa.
Dun -
Exco YB. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara MPSP

Jawapan
Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

31. MPSP telah merangka beberapa tindakan untuk mengatasi masalah penjaja yang tidak berlesen. Langkah-langkah ini termasuklah :
(i) Mengeluarkan permit sementara kepada peniaga yang menjalankan perniagaan di lokasi yang bersesuaian.
(ii) Menawarkan peniaga ke ruang niaga MPSP yang bersesuaian.
(iii) Menempatkan semula penjaja di lokasi yang lebih sesuai.
(iv) Mengambil tindakan penguatkuasaan kepada penjaja yang didapati menggangu lalu lintas dan menyebabkan gangguan awam.
(v) Mewujudkan zon larangan menjaja di lokasi tertentu.

MPSP telah menyediakan tempat alternatif di kompleks-kompleks makanan milik MPSP di seluruh Seberang Perai tetapi kebanyakan penjaja ini lebih gemar untuk berniaga di lokasi yang dipilih mereka sendiri yang mana kebanyakannya kurang sesuai dan menyebabkan gangguan awam.

Daripada rekod bancian MPSP, bilangan penjaja tanpa kebenaran adalah seperti berikut :

TAHUN 2012
(SEHINGGA BULAN SEPTEMBER)
BIL
PARLIMEN
JUMLAH
1
Kepala Batas
197
2
Tasek Gelugor
155
3
Bagan
422
4
Permatang Pauh
553
5
Bukit Mertajam
663
6
Batu Kawan
252
7
Nibong Tebal
184

JUMLAH
2426

Kembali