MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Kes demam denggi di Kadun Pantai Jerejak semakin menjadi-jadi. Berapakah kes dari tahun 2005 sehingga sekarang. Nyatakan kes mengikut biasa dan yang telah meragut nyawa. Apakah tindakan pro-aktif Kerajaan Negeri dalam menangani masalah ini. Nyatakan jadual rancangan semburan di Kadun Pantai Jerejak.
Dun -
Exco PBP
Perkara Kesihatan

Jawapan
Daripada tahun 2005 sehingga September 2008, sejumlah 149 kes demam denggi telah dilaporkan daripada Kawasan ADUN Pantai Jerejak. Namun begitu tiada kes kematian dilaporkan. Terdapat penurunan dalam jumlah bilangan kes demam denggi yang dilaporkan dari tahun 2005 hingga September 2008. Pecahan kes mengikut tahun adalah seperti di Lampiran. Ini adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti ‘Cari dan Musnah’ yang dijalankan oleh anggota-anggota kesihatan dan juga pendidikan kesihatan yang dibuat di peringkat komuniti agar tiada pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran rumah mereka. Ini merupakan strategi utama dalam memerangi masalah denggi iaitu dengan menghapuskan tempat-tempat yang berpotensi untuk menjadi kawasan pembiakan.

Bagi Kadun Pantai Jerejak, tiada jadual semburan disediakan. Namun begitu, bagi kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan kes yang rendah, aktiviti semburan kabus dijalankan hanya apabila terdapat kes dilaporkan daripada kawasan tersebut. Sekiranya kes demam denggi dilaporkan, semburan akan dijalankan dengan serta-merta dalam tempoh 24 jam. Semburan kedua pula akan dilakukan 7 hari selepas semburan yang pertama. Kajian aedes juga dilakukan untuk menentukan tempat pembiakan atau punca jangkitan.



Kembali