MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Apakah pelan tindakan untuk menyelesaikan kesesakan keluar masuk yang berlaku di depan Lebuh raya Mayang Pasir dan taman perumahan di belakang bank CIMB. Adakah jalan alternatif akan dirancang. Adakah lampu trafik akan dijadualkan semula (retime).
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan
Masa lampu isyarat di persimpangan Jalan Mayang Pasir / Lebuhraya Mayang Pasir telah dioptimakan mengikut isipadu aliran lalu lintas dan pindaan kepada masa lampu isyarat dijalankan dari semasa ke semasa mengikut corak pergerakan lalu lintas. Di samping ini, lampu isyarat di persimpangan Jalan Mayang Pasir / Lebuhraya Mayang Pasir dan persimpangan Jalan Mayang Pasir / Jalan Tengah telah diselaraskan pada waktu puncak untuk kawalan yang lebih efektif.

Penduduk di kawasan Lebuhraya Mayang Pasir mempunyai beberapa laluan alternatif melalui Jalan Nibong, Tingkat Nibong 1 dan jalan khidmat Jalan Tengah untuk berulang alik dari kawasan perumahan ini. Untuk menampung isi padu aliran lalu lintas yang semakin meningkat, persimpangan Jalan Mayang Pasir / Lebuhraya Mayang Pasir perlu dilebarkan atau laluan alternatif perlu disediakan.

Buat masa sekarang, Jabatan Kerja Raya (JKR) tiada rancangan untuk pelebaran persimpangan Jalan Mayang Pasir / Lebuhraya Mayang Pasir dilebarkan ataupun jalan alternatif lain dibina bagi mengurangkan kesesakan di depan Lebuhraya Mayang Pasir dan taman perumahan .
Kembali