MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor-sektor perniagaan. Berapakah jumlah dan ekuiti berikut mengikut bangsa (Melayu, Cina dan India). (a) Lesen Perniagaan (b) Gerai MPSP (c) Gerai MPPP
Dun -
Exco TKM1
Perkara Perniagaan

Jawapan
1. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap peningkatan taraf hidup Bumiputera Pulau Pinang terutamanya dalam bidang perniagaan. Untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor-sektor perniagaan, Kerajaan Negeri melalui PDC telah membuat perancangan seperti berikut;

i. Penyediaan premis perniagaan seperti ruang niaga, gerai untuk peniaga kecil dan unit-unit kilang siap bina IKS. Unit-unit kilang IKS ini ditawarkan secara jualan, sewaan dan skim sewa beli untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor perniagaan yang berpotensi.

ii. Pewujudan peluang perniagaan melalui peruntukan kerja kontrak pembinaan bangunan, infrastruktur, pembekalan, pengedaran dan perkhidmatan melalui proses tender.

iii. Promosi produk usahawan melalui program bersama seperti penganjuran Ekspo Usahawan Bumiputera, Showcase Usahawan dan Pameran Perdagangan bagi membolehkan usahawan Bumiputera membina jaringan perniagaan, memperluaskan pasaran produk dan mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan baru.

iv. Pelaksanaan program Pembudayaan dan Latihan Keusahawanan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan serta membantu mereka untuk memaju dan mengembangkan perniagaan di samping memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar supaya mereka dapat menjadi usahawan di masa hadapan.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha untuk membantu para usahawan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah menyediakan ruang niaga yang meliputi 1,593 buah kompleks penjaja, 3,077 buah pasar dan 2,688 tapak penjaja. Jumlah pengisian ruang niaga tersebut sehingga 30 September 2008 adalah seperti Jadual I.

3. Bagi kawasan Seberang Perai, jumlah Lesen Premis yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengikut kaum adalah seperti Jadual II.

Jumlah pengisian ruang niaga MPSP mengikut kaum adalah seperti Jadual III.

4. Jumlah lesen bas dan teksi yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Wilayah Utara mengikut kaum adalah seperti Jadual IV.

5. Bagi lesen agensi pelancongan pula, Pejabat Pelesenan Wilayah Utara, Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 9 lesen kepada syarikat Bumiputera dan 16 lesen kepada syarikat bukan Bumiputera bagi tahun 2007 dan 2008. Bagi agensi pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Rumah Kedua Ku, sebanyak 1 lesen dikeluarkan kepada syarikat Bumiputera dan 17 lesen kepada syarikat bukan Bumiputera.

6. Bilangan lesen ternakan ikan dalam sangkar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang mengikut pecahan kaum sehingga tahun 2007 adalah seperti Jadual V.



Kembali