Jawapan
Kerajaan Negeri menyedari bahawa Taman Pertanian Negeri di Relau mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan agro bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Sebelum ini, tiada usaha dilakukan untuk menarik pelancong secara langsung kerana pembangunan fizikal secara menyeluruh perlu dilakukan ke atas taman ini terlebih dahulu.
Antara usaha yang sedang dijalankan untuk menjadikan Taman Pertanian Negeri sebagai destinasi pelancongan agro ialah:
i). Menaiktarafkan Pusat Pertanian Relau sebagai Pusat Kecemerlangan Pertanian
ii). Merangka dan meneliti cadangan pembangunan Taman Pertanian Negeri secara menyeluruh seperti cadangan mewujudkan kawasan:
a. pengeluaran tanaman makanan dan dusun buah-buahan;
b. pengeluaran anak benih pokok buah-buahan, orkid, herba, rempah ratus dan bunga-bungaan;
c. aktiviti penternakan;
d. aktiviti industri asas tani;
e. aktiviti pemasaran; dan
f. aktiviti pelancongan agro.
iii). Melaksanakan program-program yang melibatkan pembangunan komoditi, seperti pemulihan tanaman durian, rambutan dan nangka, selain dari memajukan tanaman-tanaman singkat pada masa yang lain.