Jawapan
25. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan untuk mewujudkan masyarakat sejahtera dan penyayang, serta membangunkan masyarakat ke arah kesejahteraan sosial melalui beberapa objektif berikut:
i) Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasaran;
ii) Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan meningkatkan keupayaan untuk berdikari;
iii) Mewujudkan masyarakat penyayang; dan
iv) Meningkatkan kesejahteraan melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial serta perkongsian tanggungjawab yang strategik.
Bagi mencapai hasrat tersebut dan mengurangkan kadar kemiskinan di Pulau Pinang beberapa strategi telah dilaksanakan iaitu :-
(i) mengoptimumkan keupayaan, potensi diri dan kesejahteraan kumpulan sasaran; dan
(ii) memastikan aspek kebajikan diintegrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosioekonomi yang menyeluruh. Kajian kemiskinan tegar di Pulau Pinang telah dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Urus Zakat dan juga Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Kajian lanjut turut dilakukan bagi memastikan maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) yang diterima adalah tepat.
(a) Hasil kajian berkenaan adalah seperti dalam jadual dibawah :-
Kaum Peratus Kemiskinan Tegar (%)
Melayu 91
India 4.5
Cina 3.5
Lain-lain 1
(b) Kerajaan Negeri mensasarkan kadar kemiskinan Negeri Pulau Pinang akan berjaya dihapuskan menjelang Mac 2009 dengan komitmen dan penggemblengan tenaga daripada pelbagai pihak yang terlibat.