MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Bilakah pihak PDC akan mengambil tindakan untuk mengosongkan premis yang tidak selamat di Jalan Magazine sebelum sebarang perkara yang mengancam nyawa orang berlaku.
Dun -
Exco KM
Perkara ADUN

Jawapan


22. Bagi penghuni-penghuni di 40 buah premis yang sediada di tapak Fasa 5 KOMTAR, notis telah pun dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah pada bulan Oktober 2007 mengarahkan mereka mengosongkan premis-premis mereka. Disebabkan penghuni-penghuni itu masih belum mengosongkan premis tersebut, pada bulan Oktober 2008, PDC telah meminta Pejabat Daerah dan Tanah serta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) selaku pihak-pihak berkuasa dalam hal ini, untuk mengambil tindakan sewajar terhadap mereka itu. Notis kepada penghuni-penghuni itu mengosongkan premis mereka akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah serta MPPP masing-masing.

Tindakan untuk mengeluarkan penghuni-penghuni secara paksaan (forceful eviction) akan diambil sekiranya mereka masih enggan mematuhi notis-notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah serta MPPP. Dalam pada itu, mesyuarat bersam-sama agensi-agensi yang akan terlibat dengan operasi merobohkan premis-premis itu (seperti Pejabat Daerah dan Tanah, MPPP, Polis, JKR, PBA, TNB, Telekom) akan diadakan terlebih dahulu untuk merancang dan melaksanakan operasi ini. Jika perlu, operasi untuk merobohkan premis-premis secara paksaan dijadualkan pada awal tahun 2009.



Kembali