Jawapan
1. Sehingga kini, sebagai usaha mencegah jenayah, PDRM Kontingen Pulau Pinang telah melaksanakan ¡§Community Policing¡¨ di kawasan-kawasan berikut:-
1.1. IPD Timur Laut
1.1.1. Inisiatif Bandar Selamat Macallum
1.1.2. Inisiatif Bandar Selamat Padang Tembak
1.2. IPD Barat Daya
1.2.1. Inisiatif Bandar Selamat Bayan Baru
1.3. IPD Seberang Perai Utara
1.3.1. Inisiatif Bandar Selamat Bagan
1.4. IPD Seberang Perai Tengah
1.4.1. Inisiatif Bandar Selamat Taman Siakap
1.4.2. Inisiatif Bandar Selamat Bukit Minyak
2. Keberkesanan ¡¥Community Policing¡¦
2.1. Mendapat kerjasama dengan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah.
2.2. Masyarakat dapat memberi pandangan / idea dalam usaha-usaha pencegahan jenayah melalui mesyuarat, dialog dan perjumpaan di antara masyarakat, NGO¡¦s, badan-badan sukarela dan pihak polis.
2.3. Dapat menurunkan kadar jenayah indeks di sesuatu kawasan / taman perumahan kerana adanya budaya kerjasama dalam pencegahan jenayah.
2.4. Memudahkan orang ramai membuat laporan polis dan pihak polis memberi ¡¥response time¡¦ yang singkat bagi tindakan ¡¥report¡¦ tersebut.
3. Bagi memperkukuhkan tindakan ke atas ¡¥Community Policing¡¦, 15 buah Balai Polis Komuniti dan 10 buah Pondok Polis Komuniti telah ditubuhkan di seluruh Pulau Pinang beroperasi sepenuhnya mulai 15hb. Februari 2007.