MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Senaraikan hospital-hospital dan klinik-klinik di Pulau Pinang. Adakah doktor dan kakitangan-kakitangan perubatan lain cukup untuk menampung keperluan rakyat.
Dun -
Exco PBP
Perkara ADUN

Jawapan
Terdapat sebanyak enam (6) buah hospital kerajaan dan 32 buah klinik kesihatan di Negeri Pulau Pinang.

A) HOSPITAL–HOSPITAL KERAJAAN DI PULAU PINANG

i) Hospital Pulau Pinang
ii) Hospital Seberang Jaya
iii) Hospital Bukit Mertajam
iv) Hospital Kepala Batas
v) Hospital Sungai Bakap
vi) Hospital Balik Pulau

B) KLINIK–KLINIK DI PULAU PINANG

i) Klinik Kesihatan di Daerah Timur Laut

a) Klinik Kesihatan Tanjung Bungah
b) Klinik Kesihatan Air Itam
c) Klinik Kesihatan Sungai Dua
d) Klinik Kesihatan Jalan Macalister
e) Klinik Kesihatan Jalan Perak
f) Klinik Kesihatan Bukit Jambul
g) Klinik Kesihatan Lebuh Muntri
h) Klinik Kesihatan Bukit Bendera
i) Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Taman Tun Sardon
j) Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Rifle Range
k) Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Tanjung Tokong

ii) Klinik Kesihatan di Daerah Barat Daya

a) Klinik Kesihatan Bayan Lepas
b) Klinik Kesihatan Bayan Baru
c) Klinik Kesihatan Telok Bahang
d) Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Ayer Puteh

iii) Klinik Kesihatan di Daerah Seberang Perai Utara

a) Klinik Kesihatan Butterworth
b) Klinik Kesihatan Mak Mandin
c) Klinik Kesihatan Kepala Batas
d) Klinik Kesihatan Tasek Gelugor
e) Klinik Kesihatan Penaga

iv) Klinik Kesihatan di Daerah Seberang Perai Tengah

a) Klinik Kesihatan Seberang Jaya
b) Klinik Kesihatan Kubang Semang
c) Klinik Kesihatan Berapit
d) Klinik Kesihatan Bukit Minyak
e) Klinik Kesihatan Perai
f) Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Bukit Mertajam

v) Klinik Kesihatan di Daerah Seberang Perai Selatan

a) Klinik Kesihatan Bukit Panchor
b) Klinik Kesihatan Simpang Ampat
c) Klinik Kesihatan Nibong Tebal
d) Klinik Kesihatan Sungai Acheh
e) Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Sungai Bakap

Sehingga Jun 2008, jumlah doktor dan beberapa kategori anggota perubatan di sektor awam serta nisbah kepada penduduk di negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

i) Jumlah Pegawai Perubatan seramai 857 orang.
Nisbah Pegawai Perubatan kepada penduduk adalah 1:1,772

ii) Jumlah Pegawai Pergigian seramai 79 orang.
Nisbah Pegawai Pergigian kepada penduduk adalah 1:19,220

iii) Jumlah Pegawai Farmasi seramai 186 orang.
Nisbah Pegawai Farmasi kepada penduduk adalah 1:8,163

iv) Jumlah Jururawat seramai 2294 orang.
Nisbah jururawat kepada penduduk adalah 1:662

Bagi seluruh Malaysia pula, nisbah pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi dan jururawat kepada penduduk, masing-masing adalah 1:1,998, 1:19,474, 1:29,966 dan 1:770. Ini bererti jumlah dan nisbah doktor dan anggota perubatan lain di Pulau Pinang adalah lebih baik berbanding dengan jumlah dan nisbah bagi seluruh Malaysia.

Bilangan doktor dan anggota perubatan lain di negeri Pulau Pinang sentiasa berada dalam keadaan yang dinamik dan boleh berubah dari masa ke semasa. Ia bergantung kepada kemasukan dan pengambilan anggota baru atau pengurangan anggota berikutan pertukaran keluar, persaraan, berhenti kerja dan sebagainya. Pada keseluruhannya, bilangan doktor dan anggota perubatan adalah mencukupi bagi perkhidmatan yang sedia ada di dalam keadaan biasa. Walau bagaimanapun, anggota tambahan adalah diperlukan apabila terdapat projek-projek pembangunan dan penambahan beban kerja atau skop perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang baru.



Kembali