Jawapan
Perkhidmatan feri masih lagi merupakan pengangkutan penting selain daripada laluan menggunakan Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar Seberang Perai. Ianya bukan sahaja bertindak sebagai satu sistem pengangkutan yang penting sebaliknya merupakan satu ikon pelancongan yang amat penting serta mempunyai nilai warisan dan sejarah yang tersendiri. Kerajaan Negeri setakat ini tidak bercadang untuk membina sebuah jambatan bagi menggantikan terminal feri sedia ada kerana ia menelan belanja yang besar.
Walau bagaimanapun, sebagaimana alternatif, Kerajaan Negeri mengambil langkah untuk melaksanakan compliment kepada terminal feri. Perancangan telah dibuat untuk compliment terminal feri dan antaranya adalah untuk adalah membina terminal baru di Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga berusaha untuk mendapatkan 4 buah catamaran yang baru:-
(a) Pembinaan terminal bas di Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Keseluruhan projek tersebut dijangka menelan belanja sebanyak RM36 juta. Usaha ini akan mengurangkan masa menunggu di terminal serta meningkatkan lagi keselesaan penumpang. Ini secara tidak langsung membentuk imej baru kepada perkhidmatan feri di Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri telah mencadangkan kepada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) untuk mempertingkatkan perkhidmatan feri melalui peningkatan kemudahan menunggu di terminal, kemudahan tandas dan menambah kekerapan perkhidmatan di masa puncak. PPSB juga diminta membuat kajian keperluan penggunaan feri yang lebih kecil dan pantas bagi memperbaiki perkhidmatan kepada pengguna. Antara perkara lain yang dicadangkan ialah menyediakan perkhidmatan berasingan kepada penumpang berjalan kaki dan feri membawa kenderaan. Dengan berbuat demikian, penumpang berjalan kaki akan mendapat perkhidmatan yang lebih selesa dan pada masa yang sama kapasiti membawa kenderaan boleh ditingkatkan dan sekali gus mengurangkan masa menunggu bagi penumpang kenderaan.
(b) Kerajaan Negeri sememangnya mengambil maklum mengenai usia feri yang telah melebihi 40 tahun. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri belum ada cadangan untuk meminta Kerajaan Persekutuan untuk menggantikan feri-feri tersebut.
Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai faktor keselamatan. PPSB melindungi pengguna feri di bawah Insurans Perlindungan Tanggungan Awam (Port Operator Liability) dengan jumlah tuntutan tidak melebihi RM22.8 juta, sekiranya kemalangan berlaku di darat. Sekiranya kemalangan berlaku di laut, pengguna feri akan dilindungi di bawah polisi Protection And Indemnity. Kerajaan Negeri sememangnya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui PPSB dalam usaha untuk menyediakan kemudahan feri yang terbaik kepada penduduk Negeri Pulau Pinang.