MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Di dalam mesyuarat Dewan yang lalu telah dipohon sebidang tanah berdekatan Safira Club di tepi sungai berhadapan Jalan Todak untuk dijadikan tapak bagi ‘Funeral Palour’ untuk kaum bukan Melayu di Seberang Jaya dan kawasan berdekatan dengannya. Setakat manakah inisiatif dan kelulusan mengenai permohonan ini dibuat oleh Kerajaan Negeri.
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
Kerajaan Negeri telah menerima permohonan daripada Pertubuhan Perayaan Yee Lan, Seberang Jaya untuk tujuan membina Funeral Palour di sebelah Plot 11, Mukim 1 Seberang Perai Tengah pada 5 September 2008. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut didapati tidak lengkap disebabkan tidak disertakan pelan lokasi yang lengkap. Pada 9 September 2008, Pejabat Tanah Seberang Perai Tengah telah memaklumkan kepada pemohon supaya mengemukakan pelan tapak dan lokasi yang lengkap. Justeru itu, pada 16 September 2008 pemohon telah mengemukakan pelan lokasi tersebut namun, masih juga tidak lengkap untuk di proses kerana tiada butiran lengkap mengenai tapak yang dipohon. Pada 26 September 2008, Pejabat Tanah Seberang Perai Tengah sekali lagi meminta pemohon mengemukakan pelan terperinci tapak tersebut. Sehingga kini Pejabat Tanah Seberang Perai Tengah masih belum menerima apa-apa maklumbalas daripada pemohon.

Kembali