Jawapan
Y.B. TUAN WONG HON WAI MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
13. Pembangunan kawasan tanah tinggi di Pulau Pinang adalah berpandukan Garis Panduan Tanah Tinggi yang sedia ada. Selain daripada garis panduan ini, pembangunan di kawasan tanah tinggi ini juga perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri dan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Oleh itu dalam merancang dan melaksanakan pembangunan tanah tinggi di Negeri Pulau Pinang setiap Permohonan Kebenaran Merancang adalah tertakluk kepada dasar pembangunan tanah bukit yang ditetapkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP). Pembangunan kawasan berikut tidak dibenarkan kecuali mematuhi garis panduan tanah tinggi yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri serta mendapat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN). Aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan dan perlu merujuk kepada garis panduan dan JPN adalah seperti berikut:
(i) kawasan tanah tinggi yang diwartakan di bawah Akta Pemeliharaan Tanah Bukit 1960, atau
(ii) sebarang tanah yang berada pada aras 76 meter (250 kaki)dan atau,
(iii) Berkecerunan melebihi 25 darjah
Kerajaan Negeri mengikut sepenuhnya garis panduan pembangunan di kawasan tanah tinggi semasa menimbangkan permohonan kebenaran merancang. Permohonan kebenaran merancang juga di rujuk kepada Jawatankuasa Pembangunan Tanah Berisiko.
Senarai projek pembangunan di kawasan tanah tinggi di KADUN Tanjung Bungah dan senarai Permohonan Merancang Bagi Pemajuan. Tanah Tinggi yang di luluskan oleh MPPP di kawasan kawalan pembangunan akan di kemukakan kepada Ahli Y.B. Adun Tanjong Bunga secara bertulis.