MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Senaraikan semua Tender-tender Pemasangan dan Pengurusan Papan Iklan di atas tanah kerajaan Pulau Pinang oleh PBT dan badan berkanun mengikut jenis dan lokasi. Apakah rasional tender tersebut diberi kepada syarikat swasta sedangkan billboard boleh diurus oleh SSI sendiri. Senaraikan jumlah pendapatan billboard di seluruh Pulau Pinang mengikut lokasi dan jenis.
Dun -
Exco KM
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
28. Untuk makluman Yang Berhormat, keputusan untuk menyelaras dan memantau pemasangan dan pengurusan papan iklan di atas tanah Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah dibuat oleh kerajaan lama pada tahun 2007. Sebanyak 15 zon telah dikenalpasti di Negeri Pulau Pinang iaitu 9 zon di bahagian Pulau dan 6 zon di bahagian Seberang Perai.

Tender ini dipelawa secara terbuka dan boleh disertai oleh semua syarikat pengiklanan di seluruh negara. Pengiklanan tawaran tender telah disiarkan dalam surat khabar The Star dan Berita Harian pada 7 Julai 2007. Tender telah dikeluarkan pada 10 Julai 2007 dan ditutup pada 27 Julai 2007. Spesifikasi jenis papan iklan yang ditawarkan melalui tender ini adalah seperti berikut:

a) Menara Iklan Setiang (Unipole)
(tidak melebihi 20” x 60” atau 111 meter persegi)
b) Menara Iklan Setiang (Mini Unipole)
(tidak melebihi 10” x 40” atau 37 meter persegi)
c) Papan Iklan Dinding (Billboard) dan Gantri
d) Streamers

Sebanyak 37 syarikat pengiklanan telah menyertai tender ini. Senarai penuh syarikat yang menyertai tender adalah seperti berikut:


Ringkasan Syarikat Yang Mengemukakan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan

Bil. Nama Petender No. Pendaftaran
Kementerian Kewangan
1. Seni Jaya Sdn. Bhd. 357-00012083
2. Spectrum Outdoor Marketing Sdn. Bhd. 357-02089039
3. Aura Lincah (M) Sdn. Bhd. 357-02057425
4. Communications Superhighway (M) Sdn. Bhd. 357-00042833
5. Outdoor Solutions Sdn. Bhd. 357-02006088
6. EDSB Sdn. Bhd. 357-01019882
7. Ikatan Asli Sdn. Bhd, 357-02089161
8. Koperasi Pembangunan Daerah SPU Berhad 357-00019370
9. Ganad Media Sdn. Bhd. 357-00029591
10. Regal Opportunity Sdn. Bhd. 357-02082085
11. Big Tree Outdoor Sdn. Bhd. 357-00036672
12. UPD Sdn. Bhd. 357-01011710
13. Gelumbang Jaya Sdn. Bhd. 357-00019727
14. Intergrated Media Sdn. Bhd. 357-02082087
15. Rofar Vista (M) Sdn. Bhd. 357-02028544
16. Mediamind Sdn. Bhd. 357-02036314
17. Kurnia Outdoor Sdn. Bhd. 357-02013416
18. Meru Utama Sdn. Bhd. 357-00016617
19. United Advertising Co. Sdn. Bhd. 357-00014009

Ringkasan Syarikat Yang Tidak Mengemukakan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan

Bil. Nama Petender
1. A-Sight Outdoor Sdn. Bhd.
2. PDC Events Advertising Sdn. Bhd.
3. Phenomena Outdoor Sdn. Bhd.
4. Gotcha Sdn. Bhd.
5. KGN Jaya Sdn. Bhd.
6. ZKY Media Sdn. Bhd.
7. Mediaone Sdn. Bhd.
8. Rofar Outdoor Sdn. Bhd.
9. Out Of Home Signs Sdn. Bhd.
10. Aliran Wijaya (M) Sdn. Bhd.
11. Mega Outdoor Sdn. Bhd.
12. Twin Advertising Sdn. Bhd.
13. Prima Outdoor Sdn. Bhd.
14. Infinite Edge Sdn. Bhd.
15. TNL Eng. Sdn. Bhd.
16. Ax-Flox (M) Sdn. Bhd.
Ringkasan Syarikat Yang Mengemukakan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Yang Tidak Sah

Bil. Nama Petender No. Pendaftaran
Kementerian Kewangan
1. Pemasaran Puncak Era Sdn. Bhd. Sijil Pendaftaran belum lulus
2. Nilam Simfoni Sdn. Bhd. Sijil Pendaftaran tamat tempoh

Sembilan belas (19) syarikat telah disenarai pendek kerana memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan. Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang dalam mesyuarat Bil. 9/2007 bertarikh 21 Disember 2007 telah memutuskan bahawa hanya papan iklan jenis Menara Iklan Setiang (Mini Unipole) bersaiz 37 meter persegi sahaja akan ditawarkan pada syarikat yang berjaya dan pemilihan dibuat berdasarkan harga tawaran tertinggi yang dikemukakan bagi setiap zon yang disertai. Empat (4) syarikat yang berjaya telah ditawarkan mengikut zon-zon yang dipohon untuk tempoh 3 tahun. Surat tawaran telah dikeluarkan kepada keempat-empat syarikat tersebut pada 12 Februari 2008.

Rasional untuk mengeluarkan tender bagi pengurusan papan iklan serta menswastakan pengurusan papan iklan atas tanah Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan adalah untuk pemantauan serta penyeragamaan pembinaan papan iklan. Pemantauan dibuat supaya tiada papan iklan haram yang baru dibina atas tanah Kerajaan Negeri dan semua permohonan untuk pembinaan papan iklan akan melalui mekanisme yang dapat diselaraskan dan dipantau oleh Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, ianya untuk memastikan terdapat penyaluran hasil kepada Kerajaan Negeri dengan lebih sistematik dan juga untuk tujuan penguatkuasaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Pejabat Daerah dan Tanah juga menguruskan permohonan papan iklan tetapi hanya untuk jangka pendek iaitu antara 1 hingga 3 bulan sahaja.

Hasil pendapatan yang dikutip oleh pihak SSI untuk pengurusan papan iklan bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah :


JUMLAH HASIL PENDAPATAN PAPAN IKLAN DI ATAS TANAH
KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2005 – OKTOBER 2008

Bil. Tahun Bayaran Proses Permohonan Bayaran Deposit Sewa Tapak Bayaran Sewa Tapak
Jumlah

1.

2005
RM23,300.00
RM49,200.00
RM90,000.00
RM162,500.00

2.
2006
RM15,100.00
RM29,000.00
RM180,000.00
RM224,100.00


3.
2007
-
-
RM10,000.00
RM10,000.00


4.
2008
-
-
-
RM0.00


JUMLAH
RM396,600.00




Manakala pihak PDC, melalui anak syarikat milikan penuhnya, PDC Events & Advertising Sdn. Bhd. (PDC E & A) juga terlibat dalam aktiviti perniagaan papan iklan di Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, pemasangan papan iklan oleh PDC E & A hanya tertumpu di tanah milikan PDC sahaja. Sejak PDC E & A mula beroperasi pada 1 Ogos 2006, sebanyak 26 papan iklan telah dibina sehingga sekarang. Butir-butir mengenai senarai papan iklan tersebut (billboard dan unipole) dan jumlah pendapatan yang diterima oleh PDC E & A adalah seperti berikut:
PDC EVENTS & ADVERTISING SDN BHD: SENARAI PAPAN IKLAN
DI NEGERI PULAU PINANG

No. Lokasi Bil. Yang Telah Dibina Sewa Yang Telah Dikutip (setakat 30/9/08) Syarikat Billboard
1. Berhadapan Barkath Stor di Lebuhraya Butterworth – Kulim 2 RM 16,000.00 Seni Jaya Sdn Bhd
2. Ujung Pasir (Fasa 5), KOMTAR 7 RM 56,000.00 Seni Jaya Sdn Bhd
3. Pantai Jerejak (Oxidation Pond) 1 RM 30,000.00 Seni Jaya Sdn Bhd
4. Berhadapan Jalan Penang (KOMTAR) 1 RM 56,000.00 Big Five Sdn Bhd
5. Jalan Ria (DALIT) 1 RM 50,500.00 Big Five Sdn Bhd
6. Tingkat 5, KOMTAR (atas LCD) 1 RM 80,000.00 Seri Media Outdoor Sdn Bhd
7. Ujung Pasir (Fasa 5), KOMTAR 2 RM 32,000.00 Seri Media Outdoor Sdn Bhd
8. Kawasan Perindustrian Prai (Fasa 4) 1 RM 45,000.00 Paramount Media Sdn Bhd
9. Kawasan Perindustrian Prai (Fasa 4) 1 RM 20,000.00 Paramount Media Sdn Bhd
10. Bukit Jambul Country Club 7 RM 90,000.00 Outdoor Solutions Sdn Bhd
11. Persimpangan Jln Nipah / Jln Bukit Gambier 2 RM 16,000.00 Outdoor Solutions Sdn Bhd


26 RM491,500.00












MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA
DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEDUABELAS
13 NOVEMBER 2008

PERKARA : 4(A) 28

SOALAN LISAN OLEH AHLI KAWASAN PANTAI JEREJAK
Y.B. TUAN SIM TZE TZIN

28. Senaraikan semua Tender-tender Pemasangan dan Pengurusan Papan Iklan di atas tanah kerajaan Pulau Pinang oleh PBT dan badan berkanun mengikut jenis dan lokasi. Apakah rasional tender tersebut diberi kepada syarikat swasta sedangkan billboard boleh diurus oleh SSI sendiri. Senaraikan jumlah pendapatan billboard di seluruh Pulau Pinang mengikut lokasi dan jenis.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Syarikat Yang Dipilih Bagi Tender Pemasangan dan Pengurusan
Papan Iklan Di Atas Tanah Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa
Tempatan Di Pulau Pinang




BIL.


PENENDER

ZON
KONSESI HARGA TAWARAN
TERTINGGI BAGI SEUNIT PAPAN IKLAN SETIANG (MINI UNIPOLE) UNTUK TEMPOH SETAHUN
(RM)

JUMLAH
UNIT
JUMLAH
HARGA
(RM)
setahun
1.
12/37
Ikatan Asli Sdn Bhd • BP1 (A) DTL
• BP2 DTL
• BP3 DTL
• BP4 (A) DTL 12,500.00
12,000.00
11,000.00
12,500.00 19
39
3
4 237,500.00
468,000.00
33,000.00
50,000.00
2. 16/37
Regal
Opportunity
Sdn. Bhd.
• BP1 (B) DBD
• BP5 DBD 9,500.00
8,000.00 8
52 76,000.00
416,000.00





BIL.


PENENDER

ZON
KONSESI HARGA TAWARAN
TERTINGGI BAGI SEUNIT PAPAN IKLAN SETIANG (MINI UNIPOLE) UNTUK TEMPOH SETAHUN
(RM)

JUMLAH
UNIT
JUMLAH
HARGA
(RM)
setahun
3.
23/37
Gelumbang
Jaya Sdn.
Bhd. • BP4 (B) DBD
• BP Warisan DTL
• SP2 SPU
• SP3 SPT
• SP4 SPT 12,000.00
14,000.00
7,500.00
8,000.00
8,000.00 8
1
14
13
21 96,000.00
252,000.00
105,000.00
104,000.00
168,000.00
4

28/37
Integrated
Media
Sdn.
Bhd.
• BP6 DBD
• SP1 SPU
• SP5 SPS
• SP6 SPS 5,175.00
6,175.00
6,155.00
6,155.00


10
10
10
10
51,750.00
61,750.00
61,550.00
61,550.00

* Keempat-empat syarikat tersebut adalah dari luar Pulau Pinang
(dari Kuala Lumpur dan Selangor)


Kembali