Jawapan
PERBELANJAAN PROJEK PEMBANGUNAN
Projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2008 adalah berdasarkan kepada cadangan projek yang telah dipohon pada tahun 2007. Peruntukan bajet pembangunan yang telah diluluskan bagi tahun 2008 adalah sejumlah RM162, 527,330 yang melibatkan sebanyak 655 buah projek. Sehingga 30 September 2008, sejumlah RM67,357,283.68 telah dibelanjakan. Jumlah ini tidak termasuk jumlah tanggungan sebanyak RM8,671,343.34 bagi melaksanakan projek-projek pembangunan bagi Negeri Pulau Pinang. Peratus perbelanjaan keseluruhan termasuk tanggungan adalah sebanyak 46.78% daripada bajet yang telah diperuntukkan untuk tahun 2008.
Pecahan pelaksanaan projek mengikut daerah adalah seperti berikut :
DAERAH BILANGAN PROJEK
Seberang Perai Utara 140
Seberang Perai Tengah 91
Seberang Perai Selatan 112
Timur Laut 129
Daerah Barat Daya 66
Melibatkan lebih dari satu daerah 117
JUMLAH 655
Butiran terperinci perbelanjaan pelaksanaan projek di bawah bajet pembangunan negeri boleh diperolehi di Pejabat Daerah berkaitan.
PERBELANJAAN MENGURUS
Berikut adalah jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan di bawah Maksud Bekalan B01 Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan sejak bulan Mac 2008 hingga 30 September 2008 :
BIL BUTIR PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
1 Emolumen 13,138,980.46
2 Bekalan & Perkhidmatan 13,670,166.13
3 Aset 293,690.51
4 Pemberian dan Kenaan Tetap 11,984,525.68
5 Perbelanjaan Lain 20,378.32
JUMLAH 39,107,741.10
Jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan di bawah Maksud Bekalan B01 Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan bagi tempoh yang sama pada tahun 2007 adalah seperti berikut :
BIL BUTIR PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
1 Emolumen 14,038,091.25
2 Bekalan & Perkhidmatan 19,647,829.12
3 Aset 597,725.96
4 Pemberian dan Kenaan Tetap 21,304,705.62
5 Perbelanjaan Lain 226,595.69
JUMLAH 55,814,947.64
Jumlah ini menunjukkan terdapat penjimatan sebanyak RM16,707,206.54 (29.9%) berbanding dengan perbelanjaan dalam tempoh yang sama pada tahun 2007.