MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/11/2009
Soalan Nyatakan secara terperinci bidang tugas Speaker Dewan di luar persidangan dewan yang dibenarkan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri dan bidang kuasa yang diperturunkan.
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara ADUN

Jawapan
JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI

4. Tugas-tugas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selain daripada mempengerusikan persidangan Dewan adalah seperti berikut:-

(a) Pengerusi Jawatankuasa Penolakan Soalan Dewan di bawah Peraturan 25, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

(b) Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan 109(B), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

(c) Pengerusi Jawatankuasa Dewan (berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan yang terdapat bagi Ahli-ahli Dewan) di bawah Peraturan 109(C), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.





(d) Pengerusi Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat di bawah Peraturan 109(D), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

(e) Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis-majlis Rasmi Negeri Pulau Pinang


(i) Sambutan Maal Hijrah

(ii) Sambutan Maulidur Rasul

(iii) Perasmian Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri

(iv) Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

(v) Harijadi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

(vi) Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang

(vii) Tilawah Al-Quran

(viii) Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang

(ix) Sambutan Di Ambang Tahun Baru

(f) Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel (Commonwealth Parliamentary Association) Cawangan Pulau Pinang.

(g) Mewakili Y.A.B. Ketua Menteri dan Y.B. Timbalan Ketua Menteri untuk merasmikan majlis-majlis seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.




(h) Sebarang tugas dan aktiviti berkaitan kepentingan awam dan Kerajaan Negeri yang diperuntukkan di bawah Perkara 20 Perlembagaan Negeri dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri.

(i) Tugas-tugas Politik – Y.B. Speaker memegang jawatan Naib Ketua Cabang PKR Balik Pulau dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perhubungan PKR Negeri.




Kembali