MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/11/2009
Soalan Apakah langkah yang telah/akan diambil oleh Kerajaan Negeri agar masalah kebersihan kawasan awam / terbuka termasuk sungai, parit, rumput di tepi jalan; dalam kawasan perumahan atau awam diambil tindakan dan rakyat diberikan fahaman jabatan mana yang bertanggungjawab contohnya MPPP/MPSP/LLM/JKR/PLUS/PDC nama pemaju / nama syarikat pembersihan dan lain-lain.
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara ADUN

Jawapan
11. Langkah-langkah yang telah diambil agar masalah kebersihan kawasan awam / terbuka dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang di bahagian pulau negeri adalah seperti berikut:-

(i) Pengurusan Sisa Pepejal

MPPP telah melantik tujuh (7) kontraktor untuk melaksanakan kutipan sampah dari rumah, kompleks, pasar dan tempat awam manakala bagi kawasan Balik Pulau MPPP melaksanakan tugas tersebut menggunakan kakitangan MPPP sendiri. Pelaksanaan kutipan sampah dijalankan seperti berikut:-


(a) Rumah-rumah kediaman (landed property) –
kutipan tiga (3) kali seminggu (selang sehari kecuali hari Ahad).

(b) Rumah pangsa, pusat komersial – kutipan setiap
hari kecuali hari Ahad.

(c) Pasar-pasar – setiap hari.


(ii) Bagi pembersihan parit dan jalan, MPPP telah melantik 34
kontraktor yang mengendalikan pembersihan di 34 kawasan; manakala di kawasan ‘inner city Georgetown’ ianya dikendalikan oleh kakitangan MPPP sendiri.

(iii) Bagi kompleks makan, pasar dan tempat-tempat awam lain, MPPP menjalankan kebersihan menggunakan tenaga pekerja sendiri manakala perkhidmatan pembersihan bagi dua (2) pasar dan kompleks dikontrakkan.

(iv) Bagi pembersihan pantai, pihak MPPP menggunakan tenaga pekerja sendiri.

(v) Bagi pembersihan sungai, ianya terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan & Saliran (JPS).


(vi) Pembersihan jalan (elevated highway) dari Sungai Nibong
ke Bayan Baru dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

(vii) Perkhidmatan pembersihan kawasan konsesi Jambatan
Pulau Pinang bermula dari Jalan Udini/Tengku Kudin ke Jambatan Pulau Pinang dan dari Batu Uban ke Jambatan Pulau Pinang dikendalikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

(viii) Perkhidmatan pembersihan di Lapangan Terbang Bayan Lepas iaitu dari pagar masuk hingga ke Terminal dikendalikan oleh Malaysia Airport Berhad (MAB).

Senarai kontraktor MPPP mengikut zon adalah seperti berikut:-

Perkhidmatan Pungutan, Mengangkut Dan Pembuangan Sampah (SWM)

Bil. Pakej / Zon / Lokasi Nama Syarikat Kontraktor
1 Tanjong Tokong Cahaya Delima Enterprise Sdn. Bhd.

2 Air Itam S.P. Maju Sendirian Berhad
3 Batu Maung AWS Jaya Sdn. Bhd.

4 Jelutong RT Jaya Sdn. Bhd.
5 Padang Kota Lama Hayara Sdn. Bhd.

6 Pulau Tikus Kemuncak Facilities Management Sdn. Bhd.

7 Gelugor Syarikat Firwan Merican Sdn. Bhd.

8 Balik Pulau Di bawah perkhidmatan MPPP



Perkhidmatan Pembersihan Jalan & Parit

Bil. Pakej / Zon / Lokasi Nama Syarikat Kontraktor
1 Air Itam (Rifle Range) Bawa Maju Enterprise
2 Batu Maung (Iping Garden) Siantan Green Enterprise

3 Batu Maung (Kpg Permatang) Atlajaya Sdn. Bhd.
4 Bayan Baru (Taman Melati) Daya Abadi Enterprise
5 Bayan Baru (Taman Nibong) Mazhar Sdn. Bhd.
6 Bayan Baru (Bukit Gedung) Mantap Jaya Enterprise

7 Bayan Lepas Izara Enterprise
8 Bukit Jambul Excel Strength Ventures Sdn. Bhd.
9 Chee Seng Garden & Concord Rizwani
10 Farlim Nusantara Pelangi Enterprise
11 FIZ 3 Gemilang Pesona Enterprise
12 FIZ 4 Asmana Sdn. Bhd.
13 Gelugor (Kpg Sungai Gelugor)
Koperasi Melayu Bukit Gelugor
14 Gelugor (Bukit Gelugor) Ilham Pesona
15 Gelugor (Minden Heights) Tenaga Naluri Enterprise
16 Hillside Azcon Enterprise
17 Island Glades Mercy Ocean Enterprise
18 Island Park Nadi Kurnia Enterprise
19 Kampung Melayu Zaiwi Enterprise
20 Kampung Sungai Nibong Perniagaan Kabirah Jaya
21 Masjid Negeri Farah Enterprise
22 Batu Uban Noor Azrul Enterprise
23 Sungai Dua / Tapak Pesta Perkhidmatan Alam Indah
24 Paya Terubong Pembinaan Roslili
25 Persiaran Gurney FA Resources
26 Relau Formal One (M) Sdn. Bhd.
27 Sungai Ara (Sunway Tunas) Perniagaan Jamaz
28 Pekan Sungai Ara Bujana Enterprise
29 Taman Lip Sin Timur Bina Enterprise
30 Taman Lumba Kuda Ayman Afiah Enterprise
31 Taman Pekaka AHBA Enterprise
32 Taman Sri Nibong Yakin Klasik Sdn. Bhd.
33 Teluk Bahang Teliti Teknik Sdn. Bhd.
34 Teluk Kumbar Haida Enterprise

Senarai Kontraktor Perkhidmatan Pembersihan Pasar & Kompleks Makanan

Bil. Pakej / Zon / Lokasi Nama Syarikat Kontraktor
1 Pasar Dato Keramat dan
Astaka Jalan Terengganu Syarikat Firwan Merican
2 Kompleks Makanan MPPP
Lintang Macallum 2 Mohammed Ismail Bin Gulam Mohamed


Perkhidmatan Pembersihan Pantai

Bil. Pakej / Zon / Lokasi Nama Syarikat Kontraktor
1

2


3
4


5 Pantai Keracut ke Pantai
Bangalow Tunku
Pantai Lover’s Isle ke
Pantai Penang Swimming Club
Kedah House ke Naval Base
TNB Power Station – Sungai
Gelugor ke LKIM - Teluk Tempoyak
Permatang Damar Laut
ke Balik Pulau



Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang


MPPP telah melantik 34 kontraktor bagi 34 pakej pemotongan rumput dan pembersihan tanah lapang dibahagian luar bandar. Tujuh (7) kontraktor bagi tujuh (7) pakej pemotongan rumput dan pembersihan tanah lapang di dalam bandar juga dilantik bagi memastikan tahap kebersihan dan kekemasan rumput sentiasa terjamin dan sempurna.

Untuk rezab sungai, pemotongan rumput adalah dalam bidang kuasa JPS. Bagi jalan-jalan persekutuan dan Jalan JEWay (Lebuhraya Pantai Jelutong) pemotongan rumput dan penyelenggaraan lanskap di bawah bidang kuasa JKR.

Di Seberang Perai, langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk memastikan kebersihan adalah:

(a) Menubuhkan sebuah Jabatan baru iaitu Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran bagi mewujudkan pelarasan terhadap penyeliaan yang bersepadu dan lebih efisien ke atas kerja-kerja kutipan sampah, pembersihan parit, pemotongan rumput, penyelenggaraan pokok dan landskap.

(b) Meningkatkan kesedaran dan peranan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran melalui program-program di bawah Jawatankuasa Kadun Bersih & Indah dan Program LA21; dan

(c ) Pelaksanaan pengurusan aduan melalui sistem SMS bagi
mempercepatkan tindakan penyelesaian.

Dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut, MPSP menghadapi beberapa kekangan seperti berikut:

(a) Sikap orang ramai yang kurang memberi kerjasama
terhadap isu kebersihan;

(b) Pihak MPSP dinasihatkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk tidak menambah kakitangan dan peralatan serta memperbaharui tender kontrak pembersihan memandangkan perkara tersebut berada di peringkat pengambilalihan oleh Kerajaan Persekutuan; dan

(c ) Peralatan lama sering mengalami kerosakan dan ia menjadi punca kepada produktiviti yang rendah.

Orang ramai telah dimaklumkan semua sungai dan parit di kawasan skim pengairan adalah di bawah tanggung jawab JPS. Pihak JPS sedang menyediakan papan tanda di parit-parit utama JPS bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti parit-parit yang diselenggara oleh JPS. Sebagai makluman, sungai-sungai di Daerah Seberang Perai Utara telah dibersih sebanyak lima (5) pusingan setahun mulai bulan Februari sehingga bulan Disember.

Bagi jalan Persekutuan, skop penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR) meliputi pemotongan rumput, mencantas pokok, pembersihan pokok tumbang, penampalan jalan dan pembersihan longkang. Pemotongan rumput di bahu jalan dijalankan sekali setiap bulan dan pembersihan parit tepi jalan dibuat 2 kali setahun. Untuk jalan negeri pula, skop penyelenggaraan JKR adalah pencantasan pokok, pembersihan pokok tumbang dan penampalan jalan. Kerja-kerja pemotongan rumput, penyelenggaraan seni taman, pemotongan pokok dan pembersihan longkang adalah di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.

Apabila Penang Development Corporation menyiapkan projek perumahan dan memperolehi Sijil Penghunian, kawasan awam akan diserahkan kepada pihak MPPP dan MPSP manakala jalan dan parit akan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya. Bagi projek-projek Perumahan Kerajaan Negeri akan diselenggarakan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan sebahagiannya diswastakan penyelenggaraannya kepada syarikat-syarikat yang dilantik oleh Bahagian Perumahan melalui tawaran sebut harga.
Kembali